Sesi Bersama Kaunselor

 Fakulti Pendidikan merupakan fakulti yang bersebelahan dengan fakulti sastera dan sains sosial. Kebanyakan pelajar fakulti pendidikan merupakan  pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman Za'ba, satu kolej kediaman dengan aku. 

Bahkan roommate aku iaitu Madi merupakan pelajar fakulti pendidikan dalam bidang kaunseling. 

Melalui Madi, aku mula faham serba sedikit berkaitan dengan bidang pengajian kaunseling. Selain Madi, aku juga kenal pok nik, senior dari Kelantan, merupakan pelajar kaunseling sama seperti Madi. 

Aku faham bahawa para pelajar bidang pengajian kaunseling bakal menjadi kaunselor apabila tamat pengajian nanti. Tempoh pengajian mereka selama 4 tahun, lebih panjang berbanding tempoh pengajian aku yang hanya memakan masa 3 tahun sahaja.  

Sebagai bakal kaunselor, setiap dari mereka harus menjalani latihan sesi kaunseling bersama orang-ramai melalui sesi face to face. Mereka yang terlibat dengan sesi kaunseling bersama bakal kaunselor ini, dipanggil client.

Aku pernah menjadi client kepada beberapa orang pelajar. Sesi kaunseling yang aku ikuti adalah mengikut SOP yang telah ditetapkan dan sesi tersebut dilakukan di fakulti pendidikan.

Mengapa aku berminat menjadi client?, apa kebaikan yang aku perolehi?. Aku sedar bahawa tidak ramai yang sanggup menjadi client, bahkan ketika aku di bangku sekolah. Boleh dikatakan tiada langsung pelajar yang sukarela menjadi client.

Aku merupakan seorang pelajar yang sering melakukan aktiviti harian sebagai pelajar, secara sendirian. Menjadi pelajar Universiti, bukan hanya berdepan dengan masalah pembelajaran semata-mata tetapi banyak masalah-masalah luar dari konteks seorang pelajar.

Bila ada pelajar menawarkan aku untuk menjadi clientnya, aku setuju. Tambahan pula yang menawarkan itu merupakan junior perempuan AKA junior yang aku minat. Sesi kaunseling aku berjalan dengan lancar.

Kemudian, aku ditawarkan sekali lagi oleh pelajar kaunseling untuk menjadi clientnya, merupakan pelajar tahun akhir, perempuan dan berasal dari Pasir Mas. Bagi orang Kelantan, jika perempuan yang berasal Pasir Mas, pasti perempuan itu cantik. Sama seperti pelajar kaunseling tahun akhir ini.

Berdasarkan pengalaman sesi kaunseling dengan bakal kaunselor, aku berpendapat negara Malaysia amat memerlukan ramai kaunselor yang bertauliah sebagai persediaan di masa hadapan terutama masalah kesihatan mental dikalangan rakyat Malaysia itu sendiri. Setiap sakit memerlukan doktor yang tahu bagaimana merawatnya bukan?.

Merujuk laporan kes cubaan membunuh diri atau kes kemurungan yang kritikal, menghadiri sesi kaunseling merupakan salah satu pilihan yang baik untuk di ambil oleh rakyat Malaysia, cegah sebelum terlewat itu yang penting.

Selagi kita yang bernama manusia pasti mempunyai masalah, maka kita harus berusaha untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah yang dihadapi terutama pada saat genting seperti kehilangan sumber mata pencarian keluarga.

Merujuk kepada Umat Islam, kita ada Allah SWT yang sentiasa menanti kita mengeluh padaNYA. Jangan lupa tentang hal itu, bahkan ada ramai yang mampu membantu memberi jawapan yang dicari di atas apa yang terjadi kerana sesungguhnya setiap apa yang berlaku pasti ada HIKMAHNYA.

Buat rakyat Malaysia yang berada dalam keadaan terganggu kesan dari PKP. Harus cuba mendapatkan bantuan dari kaunselor yang bertauliah, jangan biarkan segala kemelut jiwa dan pemikiran memakan anda dari dalam.

Jika kita diperhalusi mengapa wujud kes rakyat Malaysia yang mengambil tindakan membunuh diri, dipercayai mangsa gagal mendapat rawatan atau mengawal diri sendiri dan akhirnya mengambil tindakan drastik.

Aku memilih topik ini untuk berkongsi kerana kondisi diri sendiri ketika ini juga dalam keadaan yang agak kurang stabil, kadangkala emosi aku dalam keadaan baik, kadangkala sebaliknya. Cuma ketika ini, ibu merupakan kaunselor yang aku ada untuk berkongsi rasa ketika ini.

Berubat sebelum terlambat termasuk mengubat jiwa dan pemikiran, selagi kita bernama manusia dan belum meninggal dunia, maka segala dugaan atau ujian pasti kita hadapi, suka atau tidak, itu bukan pilihan yang kita ada kecuali bagaimana untuk menghadapinya selaku manusia berakal dan beriman.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?