Apa Itu LGBT ?

LGBT ialah singkatan yang merujuk Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender. Di Malaysia ketika ini, kelompok ini dilihat semakin berani memperjuangkan hak mereka secara terang-terangan sebagaimana yang berlaku di negara-negara lain.

Aktivis LGBT dilihat sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menuntut hak mereka di negara ini, paling menyedihkan rata-rata kelompok LGBT ini merupakan penganut Agama Islam dan bangsa Melayu itu sendiri. Mengapa keadaan ini terjadi?.

Malah ketika aku di Universiti, dikatakan telah wujud gerakan untuk memperkenalkan kelompok ini kepada masyarakat secara perlahan demi perlahan terutama dikalangan pelajar itu sendiri namun tiada bukti yang sahih merujuk kepada apa yang diperkatakan.

Malaysia merupakan sebuah negara Islam, termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan ini sangat jelas bahawa fahaman LGBT sangat tidak dapat diterima di negara ini walaupun para pendokong terus memperjuangkan hak mereka.

Walaupun semakin banyak negara memberi pengiktirafan kepada kelompok LGBT ini, namun tidak di Malaysia dan ia akan kekal begitu demi ketamadunan Ummah. Fitrah manusia dilahirkan berpasangan demi melahirkan zuriat sebagaimana fitrah makhluk lain, mengapa harus dilawan fitrah itu?.

NAFSU, pada aku itu teras mengapa wujud kumpulan ini. Walaupun LGBT tidak akan di terima sama sekali di bumi ini, semakin ramai pengikut mereka, berani menunjukkan siapa diri mereka tanpa rasa malu sedikit pun, ia merujuk kepada lelaki berpakaian seperti wanita atau mengubah bentuk jantina melalui pembedahan.

Adakah ibubapa sanggup melihat anak mereka terlibat secara langsung?, lahir sebagai lelaki, dibesarkan sebagai lelaki dan akhirnya berubah fizikal kepada lawan hakikat kejadian yang sebenar.

Wujud kes, isteri baru mengetahui pasangannya seorang LGBT, wujud kes, seorang suami mengetahui bahawa pasangannya merupakan seorang LGBT. Paling menyedihkan pasangan ini mempunyai anak. Bagaimana nasib anak itu di masa hadapan?, adakah ibubapa sanggup untuk melihat anak-anak mengikut keinginan songsang ibubapa mereka?.

Satu masa, semua dari kita akan MATI, PASTI MATI, adakah pendokong kumpulan LGBT tidak akan MATI?, lahir kamu sebagai lelaki, pasti kamu kembali sebagai lelaki. Jika tidak bertaubat, adakah tuhan akan mengampuni dosa yang dilakukan?.

Ketika ini, aku melihat para ilmuan atau Agamawan mula menukar methodologi bagi mendekati kelompok LGBT, lebih kepada mengenali mereka secara dekat dan mengenal pasti mengapa mereka memilih haluan hidup sebagai LGBT?.

Di Malaysia, aku percaya penglibatan Umat Islam dalam LGBT bukan sedikit, cuma masih tersembunyi dalam pengetahuan umum, walaupun ada yang terlampau berani sehingga tidak takut kemurkaan Allah SWT. Bangga menunjukan siapa kekasihnya yang pasti sama fitrahnya yang semestinya sama jantina walaupun alat itu telah dibuang.

Pada pendapat aku, asas kewujudan sifat LGBT dalam diri seseorang, amat berkait rapat dengan bagaimana proses pembesaran seseorang itu dan masyarakat sekeliling. Maka jangan dihukum tetapi dipujuk agar kembali kepada fitrah, tapi AWAS, takut nanti kita pula terikut kerana AURA kelompok ini sangat dasyat pada pendapat peribadi aku.

Hakikatnya isu LGBT pada aku merupakan satu isu GLOCAL yang sentiasa menjadi perkara yang perlu ambil perhatian. Aku amat percaya ketika ini, aktivis LGBT di Malaysia sentiasa berusaha menuntut hak mereka atas nama kesamaan hak manusia.

Maka wahai para ibubapa, awasi anak-anak kalian sebelum terlambat.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?