PANDEMIK KEMBALI MENULAR

 KES BARU MULA TERCATAT


Pandemik Covid19 kelihatan seperti kembali menular di Malaysia apabila laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan jumlah kes baru pada 11 September 2020 yang di catatkan ialah 181 kes tempatan dan 1 kes import.

Dari 181 kes tempatan yang dicatat, 91 kes melibatkan bukan warganegara manakala 90 kes melibatkan warga negara, bagi pecahan kes merujuk negeri pula 14 kes di kesan di Kedah manakala 167 kes di catat di Sabah.

Sekiranya kita melihat pecahan kes tersebut, ada pendapat mengatakan ia masih terkawal kerana hanya melibatkan 3 Kluster sahaja iaitu Kluster Benteng LD, Kluster Sungai dan Kluster Telaga.

Pada pandangan aku pula, perkara yang harus diperhatikan bagaimana tercetusnya kewujudan sesebuah Kluster yang dinyatakan, sebagai contoh bagi Kluster Sungai, penularan bermula hanya dari seorang pesakit sahaja iaitu kes 9455, seorang wanita berusia 39 tahun yang mana jumlah kes terkumpul hanya dari kes 9455 sebanyak 51 kes.

Manakala bagi Kluster Telaga pula, pemulanya adalah kes 9284 iaitu seorang wanita yang berusia 29 tahun, jumlah kes penularan di bawah ke 9284 setakat 11 September 2020 adalah seramai 16 kes.

Bagi Kluster Benteng LD, ia dimulakan oleh 2 orang lelaki bukan warganegara yang dilabel sebagai kes 9344 & kes 9345. Jumlah kes terkumpul di bawah kes 9344 & kes 9345 ialah seramai 337 kes.

Situasi ini, apa yang boleh aku katakan ialah terjadi sesuatu penularan hanya memerlukan seorang sahaja pembawa, sekira lewat dikesan maka kesan penularan dijangkakan semakin teruk.

Berdasarkan laporan awani, pihak KKM tidak menolak kemungkin Kluster Sungai dan Telaga mempunyai kaitan dengan Kluster Sivagangga yang turut berlaku di Kedah, bahkan mengikut pihak KKM kemungkinan itu di ambil kira kerana Kluster Sivagangga mengikut laporan Bharian, wujud kehadiran virus Super Spreader.

Oleh itu, bagi negeri-negeri yang kini berstatus hijau, jangan terlalu selesa kerana penularan rentas diri boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja terutama jika  wujud kebolosan dari penduduk di kawasan berstatus merah seperti beberapa kawasan di Kedah.

Mungkin disebabkan rasa selesa, aku melihat semakin ramai rakyat Malaysia merujuk kawasan terpencil seperti daerah aku tinggal iaitu Ketereh, bilangan yang memakai mask boleh dihitung dengan jari sahaja.

Belum lagi merujuk pematuhan SOP penjarakan sosial, semakin lalai berdasarkan pemerhatian rambang, penjarakan 1 meter hanya dipraktiskan di Masjid atau restoran Fast Food sahaja pada pandangan peribadi aku.

Jika keadaan tidak memakai mask atau tidak jaga jarak sosial, kemudian tiba-tiba seorang pembawa hadir di kawasan tersebut, pasti wujud Kluster baru. Andai menyebabkan kematian anak kecil atau warga emas, ketika itu ingin menyesal telah tidak berguna lagi.

Portal rujukan : KKM

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?