Kisah Anak Perempuan

Penulisan kali ini, aku rasa ingin menyentuh berkenaan Anak Perempuan, dari segi cabaran atau dugaan yang ibubapa tempuhi dalam membesarkan seorang anak perempuan.

Setiap ibubapa pasti inginkan anak, kehadiran seorang anak sahaja sudah cukup mengembirakan. Cuma memastikan seorang anak yang dimiliki membesar dengan sempurna bukan mudah.

Bukan ingin bersikap pilih kasih di antara anak lelaki dan perempuan. Cuma wujud perbezaan di antara anak lelaki dan perempuan bagi sesebuah keluarga.

Bentuk kasih sayang di antara anak lelaki dan perempuan kadangkala sangat jelas berbeza.

Bagi Anak lelaki, nakal itu normal, semakin meningkat usia semakin nakal. Ia sedikit berbeza bila menyentuh perihal anak perempuan, bahkan cabaran atau dugaan dalam membesarkan dan mendidik anak perempuan lebih mencabar.

Ketika anak berada di rumah, ibubapa boleh mengawal tingkah laku anak-anak mereka tetapi tidak ketika anak-anak berada luar rumah. Anak-anak berasa bebas tanpa kawalan apabila berada di luar rumah. Berkawan tanpa mengetahui latar belakang kawan mereka.

Cuba bayangkan perasaan ibubapa bila mengetahui anak perempuan mereka digantung sekolah kerana bergaduh atau melakukan vandalisme di sekolah. Di rumah, anak perempuan mereka tidak menunjukan sebarang tingkah yang mencurigakan.

Paling mendukacitakan pada aku, bila anak-anak terutama anak perempuan mula tidak mendengar kata-kata ibubapa. Seolah-olah ibubapa mereka itu adalah penghalang dari mereka mendapatkan apa yang dihajati.

Berdasarkan pemerhatian aku, anak perempuan ketika berada di peringkat sekolah menengah mempunyai banyak ragamnya terutama bila mula pandai berkawan atau berpasangan.

Bila ibubapa menegur atau melarang anak perempuan melakukan sesuatu, ibubapa pula dimarahi kembali. Aku pernah melihat seorang remaja perempuan, mengherdik ibunya yang menegur cara pemakaiannya ketika berada di luar rumah.

Anak perempuan juga mula pandai memakai pakaian yang sedikit menjolok mata, aku lihat seperti bunga menarik perhatian kumbangnya. Jika ibubapa menegur atau melarang, anak perempuan mula berani marah kepada ibubapa.

Mungkin disebabkan ini, kes rogol atau pembuangan bayi semakin meningkat?, terutama dikalangan anak-anak bawah umur yang beragama Islam.

Selagi anak perempuan tidak berkahwin, bebanan masih terpikul di bahu ibubapa, malah walaupun telah berkahwin, kemudian bercerai anak perempuan pasti kembali kepada ibubapanya.

Anak perempuan, usia masih dibawah umur, sudah pandai bercinta, sudah pandai berkasih, malah memilih lelaki yang lebih berusia, seterusnya terjadilah kes lelaki merogol kanak-kanak bawah umur.

Perihal anak perempuan ini, jika ingin disenaraikan pasti belum cukup sebuah buku catatan di tangan namun cukup untuk aku katakan, ibubapa yang sayang anak, jangan mempercayai tanpa ada rasa keraguan kerana itu amat berbahaya untuk anak di masa hadapan. 

Anak perempuan mempunyai 1 akal dan 9 nafsu, ia jelas mengambarkan betapa besar cabaran ibubapa membesarkan seorang anak perempuan sehingga diserahkan tanggungjawab pada seorang lelaki bernama suami. 


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?