PARTI IDEOLOGI

Aku bukan seorang pengkaji sejarah politik Malaysia, hanya sekadar pemerhati sejak dari kecil lagi. Arwah abah merupakan ahli Parti S46 kemudian UMNO yang sangat fanatik. Shingga aku terikut sama.

Aku tertarik bila mengenangkan kisah pergerakan Parti di Tanah Melayu begitu panjang untuk diceritakan. Walaupun semakin ramai melupakan faktor utama mengapa pemimpin terdahulu menubuhkan parti.

Setiap parti-parti yang ditubuhkan semestinya mempunyai ideologi atau agenda tersendiri. Pada aku melalui penubuhan parti politik mampu menyatukan sesebuah bangsa atau komuniti. 

Cuma sedikit menimbulkan kekesalan di hati ini, melihat parti berteraskan orang Melayu semakin banyak ditubuhkan tanpa aku mengetahui atau memahami kepentingan sebenar di atas penubuhan sesebuah parti.

Sejarah telah mencatatkan bahawa Parti yang pertama ditubuhkan berteraskan orang Melayu adalah Parti UMNO pada 11 Mei 1946 di Johor Bharu.

Kemudian barulah tertubuhnya Parti Islam Malaysia iaitu PAS pada tahun 1951 di Pulau Pinang, kebanyakan ahli PAS ketika itu terdiri dari para Ulamak tanah Melayu.

Hasil dari penubuhan parti politik, kita melihat pemimpin ketika itu berjaya yakinkan British untuk memberi Kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Keyakinan berdasarkan penubuhan Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC.

Masa terus berputar, Tanah Melayu bertukar kepada Malaysia, selepas tahun 1963, semenanjung bergabung dengan Sarawak dan Sabah membentuk sebuah negara. 

Parti politik di Sabah dan Sarawak juga bertunas satu demi satu.

Paling mendukacitakan pada aku, apabila dari satu parti utama berteras Melayu, lama-kelamaan berlaku perpecahan seperti yang berlaku pada parti UMNO sehingga tertubuhnya parti S46 pada tahun 1988 akibat krisis dalam parti.

Seterusnya berlaku lagi krisis dalaman Parti UMNO sehingga tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat di akhir tahun 90-an. 

Asas kepada penubuhan PKR pada pendapat peribadi aku adalah sebabkan pemecatan DSAI pada ketika itu yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Kemudian setelah sekian lama, UMNO sekali lagi mengalami krisis dalaman sehingga tertubuhnya parti Pribumi Bersatu pada tahun 2016. 

Perpaduan orang melayu semakin berpecah dengan kewujudan parti-parti serpihan seperti yang sejarah telah mencatatkan.

Kemudian berlaku krisis dalaman Parti Bersatu sehingga tertubuh pula Parti Pejuang yang agenda atau ideologinya tentang orang Melayu. Simple bukan?, ada krisis terus menubuhkan parti baru dengan ideologi atau agendanya hampir sama.

Situasi yang sama terjadi pada Parti Islam Malaysia atau PAS apabila pada tahun 1977, ketika PAS mengalami krisis dengan BN, akhirnya wujud serpihan dari PAS yang dipanggil parti BERJASA yang pada awal penubuhan agenda atau ideologi adalah menyokong BN.

Kemudian sekali lagi PAS mengalami krisis dalaman parti sehingga kelompok tertentu keluar dari PAS dan menubuhkan parti Amanah pada tahun 2015.

Aku cuba melihat dari sudut yang positif dengan penubuhan parti-parti baru. Mungkin ia memberi rakyat pilihan parti yang mana harus diberi sokongan.

Jika kita selidik parti pecahan MCA atau MIC tidak sebanyak pecahan Parti UMNO atau PAS. Keadaan ini membuatkan aku sedih kerana perpaduan bangsa seolah-olah terpecah kerana perbezaan matlamat pemimpin politik.

Kita lihat sahaja keadaan di PRN Sabah ketika ini, pertembungan bukan hanya 2 penjuru semata-mata tetapi sehingga 8 penjuru demi merebut kuasa yang dihajati. 

Mungkin alasan ini yang membuatkan PAS yang telah bertapak sekian lama di Sabah melebih BN atau BERSATU sanggup mengalah.

AWAS perpecahan sokongan ini sangat membahayakan bangsa Melayu itu sendiri. Pada pendapat aku. 

Perpecahan ini mampu mengundang godaan dari musuh-musuh negara yang sentiasa mencari peluang menghancurkan kita.

Jika kita mengkaji sejarah tanah melayu itu sendiri, bagaimana Portugis mampu menguasai Pulau Pinang?, bagaimana Melaka jatuh ke tangan penjajah?. Asasnya sama iaitu pepecahan dari dalaman itu sendiri.

Oleh kerana berbeza sokongan parti, sanggup memboikot ekonomi bangsa sendiri, sesuatu yang benar-benar terjadi walaupun ia mungkin kes yang terpencil.

Malah sebelum wujud Muafakat Nasional, wujud situasi penyokong PAS tidak minum di kedai Penyokong BN begitu sebaliknya. Mungkin kepimpinan tertinggi parti tidak merasainya tetapi akar umbi yang mengalaminya.

Jangan nanti, nama sekadar di atas kertas namun kekayaan hasilnya dimiliki oleh orang lain yang lebih bersatu walaupun nampak berbeza seperti bangsa Melayu itu sendiri.




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?