Cadangan Tax Tambahan

Semenjak seluruh dunia terpaksa berdepan dengan Pandemik Covid19, keadaan ekonomi semasa dikatakan hampir lumpuh akibat polisi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan hampir seluruh negara dalam membendung penularan Covid19.

Walaupun pergerakan terbatas, itu bukan bermakna rakyat Malaysia khususnya tidak dapat membeli barangan yang diinginkan. Walaupun shopping mall dikatakan lengang tiada pengunjung sejak PKP. 

Pelbagai platform pembelian dalam talian diwujudkan, menawarkan pelbagai produk dengan penghantaran percuma ke seluruh negara. 

Berdasarkan laporan hmetro, malaysiakini. Pihak kerajaan dalam perancangan untuk mengenakan tax terhadap pembelian atas talian. Kadar tax yang dicadangkan ialah di antara 20 sen hingga 40 sen bagi setiap transaksi.

Tujuan polisi ini bakal diperkenalkan adalah bagi mengumpul dana tabung bantuan buat rakyat dalam kategori B40. 

Sejujurnya aku pelik mengapa cadangan sebegini yang dibuat sedangkan ia bukan sesuatu yang kena pada waktunya.

Menurut laporan berita semasa, bagi pembelian bawah RM1000, caj yang dicadangkan adalah 20 sen. Bukankah itu bermakna pembelian bernilai RM1 juga akan dikenakan caj 20 sen?. 

Sememang perniagaan melalui atas talian di Malaysia semakin berkembang, boleh dikatakan rakyat Malaysia setiap hari akan membeli barangan melalui atas talian.

Namun wajarkah cadangan itu dikemukakan?.

Aku tidak pasti bagaimana situasi di negara lain berhubung cadangan mengenakan tax. Walaupun dikatakan kadar yang dikenakan hanya 0.02% bagi pembelian bawah RM1000. 

Bagi aku, lebih elok fokus untuk meningkatkan liputan jalur lebar di seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak. Aku percaya bahawa Malaysia masih agak kebelakang dalam liputan internet walau apapun alasan yang dikemukakan.

Hakikat penjanaan ekonomi melalui atas talian pada aku, mampu membantu para usahawan IKS dalam memajukan perniagaan mereka, bahkan hampir kebanyakan mereka menawarkan produk dengan potongan harga cukup istimewa.

Aku difahamkan cadangan tersebut masih belum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, diharapkan cadangan tersebut dipertimbangkan secara terperinci sebelum dilaksanakan. Jangan melihat kepada hasilnya tetapi lihatlah pada kesannya.

Nilai 0.02% mungkin tiada erti buat kelompok M40 tetapi mungkin berbeza pada kelompok B40, walaupun wang yang dikenakan itu, dikembalikan ke tabung bantuan rakyat B40 seperti yang dilaporkan.

Trend pembelian atas talian kini bukan hanya merujuk kelompok dewasa bahkan kelompok bawah umur, mereka bijak menggunakan teknologi terutama membeli produk dalam talian, aku sendiri terpaksa minta pertolongan saudara-mara di bangku sekolah untuk membeli barangan dalam talian.

Buat masa sekarang, keadaan masih belum sesuai untuk kerajaan melaksanakan tax yang diperkatakan. 

Dengan pelbagai isu-isu yang masih belum diselesaikan sepenuhnya kini isu tax tambahan.

Aku amat berharap semoga para pemimpin negara dapat memberi cadangan yang lebih baik buat keseluruhan rakyat terutama dari konsep bukan mengambil tetapi memberi kepada rakyat. 

Jika negara benar-benar dalam kondisi ekonomi yang mapan, mungkin ketika itu, cadangan mengenakan tax dapat diterima.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?