Kisah Motorsikal Merah


Rutin pagi aku masih seperti biasa setakat ini, selepas solat Subuh, kembali baring di atas katil bujang sambil menantikan waktu menuju ke arah pukul 7.00 pagi. Kemudian baru aku bangun mempersiapkan diri sekadarnya untuk pergi keluar mencari kuih atau sarapan untuk ibu dan aku sendiri.

Di dalam perjalanan singkat aku, terserempak dengan penunggang legenda kawasan Ketereh ketika ini. Penunggang motorsikal berwarna Merah yang  begitu ghairah menunjukan aksi yang membahayakan bukan setakat pada dirinya tetapi pada orang lain juga.

Sepanjang tahun 2020, jika nampak kelibatnya pasti menunjukan aksi yang menyakitkan mata terutama aksi stun yang membahayakan. Bagaimanakah ibubapa budak ini mendidik?, seolah-olah tiada rasa malu atau menghormati orang lain.

Aku bimbang pada satu ketika nanti, penunggang EX5 Merah akan meragut nyawa orang yang tidak bersalah, sekiranya hanya dia sahaja terlibat kemalangan, tidak menjadi sebarang isu tetapi jika melibatkan orang lain. 

Sangat mendukacitakan walaupun mungkin ibubapa penunggang EX5 Merah itu, merupakan kelompok T20 di kawasan Kedai Ketereh ini.

Aku memilih untuk menulis kisah si penunggang EX5 Merah adalah kerana ia menjadi ikonik pada masalah setempat ketika ini. Ikonik pertama kegagalan ibubapa mengawal anaknya. Kedua keadaan masyarakat yang boleh bersikap acuh tidak acuh dengan cara tunggangan penunggang terbabit.

Adakah tidak keterlaluan aku letakkan si penunggang EX5 Merah menjadi penanda aras kepada pemikiran atau moraliti setempat?. Sebenarnya masih ramai kelompok belia di kawasan ini yang menunggang motorsikal dengan cara biadap atau samseng jalan raya. Cuma si EX5 merah yang paling menyerlah kesamsengannya apabila berada di atas jalan raya.

Aku berdoa semoga tiada yang menjadi mangsanya. Terutama kanak-kanak kawasan Ketereh. Mesti kelakar jika takdir Allah SWT, ketika dia membuat aksi membahaya dan termasuk atau terlanggar pintu utama Balai Polis yang terletak di tenga-tengah simpang 4 Ketereh.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?