Kebenaran Rentas


Aku keliru dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan Pertahanan Malaysia berhubung kebenaran aktiviti rentas negeri atau daerah bermula 7 Disember 2020. 

Menurut pemahaman aku, pihak kerajaan membenarkan sebarang aktiviti rentas negeri atau daerah di semua kawasan termasuk kawasan dikenakan PKPB kecuali kawasan di kenakan PKPD.

Apa fungsi PKPB sekiranya aktiviti rentas daerah dibenarkan?. Aku berharap pihak kerajaan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia benar-benar melihat risiko dari pelbagai sudut berhubung kebenaran rentas negeri dan daerah termasuk kawasan PKPB. 

Sekiranya terjadi gelombang baru penularan, maka jangan salahkan rakyat yang sememangnya amat payah mematuhi peraturan SOP yang telah ditetapkan.

Aku lebih suka merujuk kawasan Kota Bharu kerana Ketereh merupakan jajahan di bawah Kota Bharu. Penularan yang berlaku di daerah ini, kemungkinan besar dari individu yang telah dijangkiti yang pulang ke kampung dan seterus menjangkiti ahli keluarga atau kenalan.

Di Ketereh sahaja ketika ini, ada 3 pesakit yang positif telah dikenalpasti, begitu juga di Kadok dikatakan ada 3 orang pesakit yang positif dijangkiti. 

Walaupun tiada maklumat terperinci yang dikongsikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. Kewujudan pesakit yang positif sudah cukup menggusarkan.

Kemudian apabila diumumkan kewujudan Kluster Chengal, ia menambah kegusaran di hati para penduduk setempat. Tambahan pula wujud khabar-khabar angin bahawa individu yang telah disaring tetapi tidak melakukan kuarintin.

Bagi aku, tiada masalah sekiranya sesuatu daerah itu atau mukim telah berada dalam Zon Hijau dan terlibat dengan aktiviti rentas negeri atau daerah. Risiko penularan mungkin sangat rendah berbanding di kawasan zon kuning atau jingga atau merah.

Apabila Menteri Kanan Pertahanan mengumumkan bahawa rentas negeri dan daerah boleh dilaksanakan termasuk kawasan PKPB, pada pendapat peribadi aku, bagaikan mengundang kembali sesuatu yang tidak diingini.

Harus diingatkan bahawa vaksin yang dibeli, masih belum tiba di Malaysia secara rasmi, oleh itu, semua pihak merujuk pihak kerajaan dan orang-ramai harus berada dalam kondisi berjaga-jaga.

Walaupun Ketereh dilaporkan mencatatkan 3 orang pesakit yang positif, tetapi jika melakukan tinjauan rambang, semakin ramai mula melupakan pematuhan SOP sebelum ini iaitu memakai topeng muka.

Aku menghormati keputusan pihak berkuasa, mereka lebih bijak mengawal suasana. Walaupun sejarah membuktikan, seringkali langkah diambil mengundang hiba. Aku masih berharap kerajaan ubah balik arahan rentas negeri atau daerah di kawasan PKPB. Nilai risiko masih tinggi.

Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati?, pada pendapat aku, arahan PKPB itu bagaikan pencegahan manakala PKPD itu bagaikan pengubatan. 

With one more better?. Aku pula mahu tak mahu terpaksa keluar demi membeli keperluan ibu tercinta, niat abang aku yang ingin pulang, terpaksa ibu memohon ditunda seketika walaupun aku tahu ibu rindu pada anaknya yang tua itu.

Benar, Allah SWT Maha menentukan segalanya, namun selaku manusia yang berakal, menjadi kewajipan kita untuk berusaha sedaya upaya sebelum berserah pada Maha ESA. 

Kawasan ZON HIJAU, selamat menyambut anak-anak perantau dengan gembira, namun kalau lalai pasti merana di akhir usia, mati itu pasti namun biarlah pergi dengan sempurna segalanya dan diiringi anak dan saudara.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?