Penularan Di Kelantan

Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disebabkan  bilangan pesakit yang positif sentiasa bertambah setiap hari berdasarkan laporan harian. PKPB di Kelantan, akan berakhir pada 6 Disember 2020. 

Adakah Kelantan berjaya memutuskan rantaian penularan Pandemik sebelum 6 Disember 2020?. Pada pendapat aku, ia bergantung kepada nilai jangkitan rakyat Kelantan setiap hari. 

Sekiranya grafnya menaik, in sha Allah ada harapan untuk PKPB di Kelantan di lanjutkan. Begitu juga sebaliknya, ia bergantung kepada kerjasama rakyat Kelantan itu sendiri dalam memastikan usaha memutuskan rantaian itu berhasil.

Harus diingatkan bahawa selagi vaksin belum secara rasmi dikeluarkan. Rakyat Malaysia harus sentiasa berwaspada, jangan mengambil sikap sambil lewa. Tidak mustahil untuk terjadinya penularan gelombang ke-4 di Malaysia.

Pada pendapat aku, di antara situasi yang mengakibatkan bilangan pesakit di Kelantan adalah terjadinya aktiviti rentas negeri terutama dari penduduk kawasan Zon Merah seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Ketika Selangor/KL/Putrajaya mula-mula dikenakan PKPB, dilaporkan tiket bas ekpress ke Kelantan habis dijual. Pada waktu itu, pihak berkuasa telah menyarankan agar penduduk kawasan Zon Merah yang dikenakan PKPB tidak pulang ke kampung. Namun akibat KEDEGILAN, lihat situasi sekarang.

Aku sendiri ketika ini, walaupun dalam keadaan berjaga-jaga namun risiko jangkitan tetap wujud. Lokasi Kluster Chengal yang begitu dekat dengan kediaman, malah dikatakan ada penghuni atau peniaga yang menghadiri kenduri yang diperkatakan di kawasan Kluster Chengal terbabit.

Walaupun saringan terhadap kontak yang berkaitan dikatakan telah dilakukan. Namun adakah benar-benar yang disaring mengikut arahan?, adakah kuarintin seperti yang sepatutnya?. 

Harus diingatkan bahawa bukan hanya kontak yang harus disaring tetapi ahli keluarga rapat kontak yang disaring harus turut sama dikuanritin bukan meneruskan aktiviti harian seperti biasa iaitu berniaga.

Sekali aku ingin tekankan berdasarkan pemerhatian, masih wujud kelompok yang tidak mengamalkan SOP yang disarankan terutama penjarakan sosial. Cuma timbul kebimbangan sekiranya ada kontak dalam kuarintin keluar ke kawasan tumpuan. Ledakan penularan luar jangka pasti berlaku.

Diharapkan PKPB di Kelantan bakal di tamatkan pada 6 Disember ini, namun pihak MKN atau KKM lebih mengetahui apa yang terbaik untuk rakyat Malaysia berhubung isu ini.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?