KLUSTER GENTING



Apabila kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa segala aktiviti rentas negeri dibenarkan termasuk di kawasan PKPB. Aku ketika itu merasakan tindakan tersebut tidak sesuai pada waktunya, namun pihak kerajaan melalui MKN  lebih tahu segalanya.

Maka bermula 7 Disember sehingga sekarang, aktiviti rentas negeri dilaporkan meningkat terutama dari kawasan pantai barat menuju ke pantai timur. Merujuk negeri Kelantan dan Terengganu yang masih dalam proses saringan kes-kes terdahulu.

Laporan dari salah satu akhbar online iaitu SinarHarian, melaporkan punca kewujudan Kluster Genting disebabkan kes Indeks yang merentas negeri dari Selangor ke Genting Highlands sehingga menyebabkan pihak kerajaan mengambil tindakan drastik dengan melaksanakan PKPD di kawasan Apartment Amber Court, Ampartment Ria dan Rumah Kongsi Kampung Semaut, Bentong.

Sejujurnya aku berharap tidak terjadi sesuatu yang telah dijangka apabila aktiviti rentas dibenarkan. Ketika ini sahaja, berdasarkan pemerhatian aku. Jumlah kenderaan di jalan-jalan utama Kelantan dapat dirasakan bertambah dari biasa, kemudian melalui sosial media pula masing-masing berkongsi cerita tentang kepulangan mereka ke kampung halaman.

Pada pandangan aku, tempoh di antara 2 - 3 minggu selepas kebenaran rentas negeri dibenarkan, bakal menjadi penanda aras bagi tahap penularan di seluruh Malaysia. Negeri Pahang yang sebelum ini berstatus ZON HIJAU ini mula berubah, setiap hari berdasarkan laporan KKM, ada sahaja kes positif yang dicatatkan. Aku tidak pastikan adalah kewujudan kes positif ini disebabkan aktiviti rentas negeri.

Berdasarkan laporan portal berita online iaitu awani dan bernama, melaporkan bahawa pihak kerajaan negeri Terengganu melaporkan bahawa mereka mengesan kemasukan kes positif dan kontak rapat ke negeri Terengganu, pihak kerajaan negeri meminta pihak terbabit melaporkan diri di Bilik Gerakan Klinik Kesihatan Daerah untuk saringan. Keadaan ini, menampakan risiko terjadinya penularan baru sangat besar.

Aku pasti seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa betapa besar pengorbanan kakitangan frontliner berjuang dalam usaha memutuskan rantaian penularan pandemik dunia ketika ini. Walaubagaimanapun rakyat Malaysia tidak dapat menolak keinginan untuk melakukan aktiviti rentas negeri terutama pulang ke kampung menghabiskan baki cuti tahunan sebelum memasuki tahun 2021.

Sekiranya masalah glocal ini tidak dapat diselesaikan dapat tempoh terdekat, tidak mustahil seandainya panjang umur, kita menyambut Ramadhan sekali lagi dalam kondisi PKP seperti tahun ini. Walaupun kerajaan telah berbelanja wang jutaan ringgit untuk mendapatkan vaksin yang dikeluarkan oleh negara-negara besar dunia seperti Amerika Syarikat, Russia atau China. Belum ada bukti yang mutlak keberkesanan vaksin tersebut.

Jangan memandang mudah apabila bercakap soal pandemik global ini, kita harus peka bahawa virus yang mencetuskan pandemik ini, seolah-olah mengalami mutasi demi mutasi sehingga ada pesakit tidak menyedari bahawa telah dijangkiti sehingga keadaan menjadi kritikal baru menyedarinya.

Bayangkan artis Malaysia yang terbaru terkena jangkitan, sebelum disahkan positif ketika itu, beliau telah melakukan saringan beberapa kali dan resultnya adalah negatif. Oleh itu, ketika dilaporkan bahawa dia positif, ia sangat mengejutkan ramai pihak.

Jika diselidiki kluster-kluster di Kelantan sebelum ini, boleh difahamkan bahawa kes indeks adalah mereka yang tinggal di Zon Merah di kawasan pantai barat dan kembali ke kampung  tanpa menyedari dijangkiti dan akhirnya menjangkiti orang lain sehingga terjadinya kluster baru.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?