Nafas Baru Politik Negara

Hakikat yang kita perlu terima bahawa segalanya yang wujud di dunia ini amat berkaitan dengan politik. 

Bermula dari keluarga, sekolah atau universiti sehingga dunia pekerjaan. Skop paling besar ialah politik kepimpinan negara merujuk 222 kerusi Dewan Rakyat Malaysia yang akan ditentukan setiap 5 tahun sekali.

Kemerdekaan Malaysia kini memasuki usia ke 63 tahun, pelbagai sejarah telah tercatat sepanjang tempoh tersebut terutama era sebelum kemerdekaan.

Bagaimana tertubuh pertubuhan parti politik tanahair yang kita semua mengetahui bahawa dipelopori oleh Parti UMNO yang bermula di Johor.

Cuma ada sesuatu yang sedikit mendukacitakan apabila ada kelompok pemimpin politik seolah-olah ingin memegang kuasa atau kepimpinan politik sampai bila-bila. 

Ada yang menjadi Ketua Bahagian ketika aku masih kecil sehingga aku meningkat dewasa.

Persoalan mula bermain difikiran aku, Masih relevankah mereka sebagai pemimpin negara?.

Apabila ada pemimpin muda bergelar Ahli Parlimen, cuba berbahas secara profesional, mereka di ejek dengan panggilan yang tidak sepatutnya. Seolah-olah orang muda tidak tahu langkah tari dalam dunia politik seperti orang LAMA.

Jika kita melihat perkembangan politik dunia, semakin banyak negara mula memberi peluang buat generasi muda menerajui kepimpinan negara. Sehingga menjawat jawatan Perdana Menteri, bukankah itu dinamakan suatu tranformasi?.

Pada pendapat peribadi aku, sudah sampai masanya untuk arena politik Malaysia diberi nafas baru, kepimpinan lama digantikan pemimpin baru, walaupun bukan sebagai Ketua Bahagian, mungkin sebagai ADUN atau AHLI PARLIMEN.

Negara kini dalam proses pemulihan akibat pandemik COVid19. Maka sewajarnya peluang buat pemimpin muda dibuka seluas-luasnya kerana mungkin mereka mempunyai agenda atau idea yang lebih baik demi memulihkan negara.

Dahulu, kelompok pemimpin lama dan baru ini, dilabelkan sebagai aliran pemikiran tua dan muda dengan merujuk pemikiran pondok dan pemikiran lulusan dari luar negara. 

Sejarah jelas mencatatkan perbezaan di antara dua aliran pemikiran ini dalam mencorak kepimpinan negara ketika itu.

Pilihan Raya Umum Ke-15 semakin hampir, waktu yang sesuai untuk pemimpin muda diberi peluang dalam memastikan landasan kemajuan kembali pada landasan yang tepat. 

Cara kerja dan pemikiran, semestinya berbeza dan itu tidak perlu diperkatakan lagi oleh sesiapa pun. 

Kita belum pasti apa yang menanti pada tahun 2021. Adakah lebih baik atau sebaliknya kerana tahun ini sahaja pelbagai cabaran yang dugaan yang tidak dijangka berlaku. 

Rakyat Malaysia semestinya ingin pemimpin pro aktif dan idea baru dan segar dalam kancah politik dalam negara.

Aku secara peribadi melihat besar perbezaan cara orang muda dan lama dalam menguruskan politik rakyat Malaysia. Muda seperti untuk semua.

Beranikah tokoh politik lama berundur untuk memberi peluang kepada tokoh politik muda mengatur langkah demi kemajuan negara?.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?