Bunuh Diri

Salah tindakan yang tidak masuk akal tetapi sering dilakukan oleh manusia ketika ini adalah tindakan bunuh diri. 

Pelbagai faktor boleh mempengaruhi seseorang itu sehingga sanggup untuk bertindak sedemikian. Paling asas atau dominan mempengaruhi seseorang itu untuk mengambil tindakan membunuh diri ialah TEKANAN PERASAAN sehingga menghilangkan KEWARASAN AKAL.

Kita sedia maklum bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam, namun itu bukan bermakna tiada kes yang dicatatkan berhubung kejadian atau cubaan membunuh diri. 

Ada yang berjaya diselamatkan dan ada yang gagal sehingga membawa kematian yang sangat memilukan.

Menurut laporan portal berita sinar harian, sebanyak 465 kes dicatatkan berkenaan cubaan bunuh diri yang dikesan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Satu nilai angka yang sangat menakutkan pada aku, mungkin ia masih rendah berbanding negara-negara lain tetapi itu bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Menurut malaysiadateline pula, sumber dari PDRM Malaysia melaporkan jumlah rakyat Malaysia yang telah membunuh diri pada tahun ini, ia sangat mengejutkan bagi aku secara peribadi. Ia membuktikan bahawa kesihatan mental rakyat Malaysia ketika ini sangat membimbangkan.

Pada waktu yang sama, situasi pandemik yang masih menular di seluruh dunia, aku amat pasti menambahkan lagi kesan terhadap rakyat Malaysia sehingga sanggup mengambil jalan singkat iaitu membunuh diri tanpa memikirkan perkara lain yang turut terkesan kelak.

Aku secara peribadi pernah mengalami kemurungan dan semesti ia melibatkan soal kewangan. Aku pasti bahawa ketika ini kebanyakan rakyat Malaysia turut mengalami tekanan berhubung soal kewangan. 

Keadaan ketika boleh berubah secara drastik dan mengejut terutama apabila kehilangan sumber pendapatan secara tiba-tiba. 

Sekali lagi, aku cuba melihat isu bunuh diri ini dari pelbagai sudut berdasarkan pemahaman peribadi. Sebelum ini, boleh dikatakan faktor yang mendorong ke arah tindakan membunuh diri ada dalam pelbagai keadaan cuma ketika Pandemik mula menular, ia menambahkan tekanan atau kesan yang sedia ada.

Membunuh diri bukan hanya berisiko pada individu bukan Islam semata-mata. Ia juga berisiko pada individu yang beragama Islam sama. Keluarga dan masyarakat sekeliling harus memainkan peranan yang lebih aktif dengan situasi persekitaran terutama.

Sekiranya kita lihat kes-kes yang dilaporkan berkaitan dengan kejadian membunuh diri. semesti kita akan melihat pola perubahan punca atau penyebab mengapa seseorang itu sanggup mengambil keputusan membunuh diri.

Pada aku, risiko seseorang itu terlibat dengan kes membunuh diri bukan hanya pada kelompok dewasa semata-mata. Malah ada kes melibatkan kanak-kanak. Oleh itu, jangan pandang mudah apabila menyentuh soal kemurungan atau kesihatan mental kerana impak atau kesannya adalah diluar jangka.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?