ISU DAGING HARAM BEKU

Isu kartel daging haram yang memasuki pasaran Malaysia merupakan isu yang sangat berat pada aku kerana ia melibatkan hukum. 

Islam sangat menekankan soal hukum merujuk halal atau haram apabila berkaitan dengan makanan. Setiap apa yang umat Islam makan, bakal menentukan sifat dan sikap umat Islam selepas itu.

Halal yang dimakan, in sha Allah eloklah perjalanan hidupnya, haram yang di makan, nescaya banyak dugaan dan cabarannya. Sangat menyedihkan dan mengecewakan apabila mengetahui bahawa daging sejuk beku yang selama ini diimport dan dikatakan halal rupanya sebaliknya.

Walaupun di Kelantan, bekalan daging mentah sentiasa ada, di bahagian kiri dan kanan jalan sentiasa ada gazebo kecil tempat menjual daging yang baru disembelih. 

Masih ada permintaan terhadap daging sejuk beku kerana faktor harga yang lebih murah, kebanyakannya adalah untuk perniagaan makanan berasaskan daging.

Seingat aku, sejak dari di bangku sekolah rendah lagi, telah wujud penjualan daging sejuk beku sehingga sekarang. Jika isu daging haram wujud sebelum aku di bangku sekolah rendah sehingga sekarang. Betapa banyak Umat Islam telah termakan daging yang tidak diragui status halalnya.

Menurut laporan SHARIAN, bekalan daging sejuk beku diperolehi dari negara China, Ukraine, Brazil dan Argetina. Kemudian di bungkus semula dengan bungkusan yang mempunyai logo halal Malaysia dan mula memasuki pasaran tempatan.

Pada pendapat aku, perbezaan harga yang besar di antara daging mentah dan daging sejuk beku menyebabkan permintaan terhadap daging sejuk beku sentiasa ada tambahan pula ketika waktu sekarang, sememangnya orang-ramai terutama kelompok peniaga berasaskan makanan  akan memilih mendapatkan bekalan daging sejuk beku.

Berdasarkan laporan MYMETRO, agensi yang berkaitan seperti KPDNHEP serta JAKIM dan JAIN bekerjasama dalam menyelesaikan isu daging haram ini. 

Aku ingin menghuraikan lebih lanjut namun aku bukan ahlinya, cukup untuk  mengatakan Islam amat menitik berat soal hukum haram dan halal ini.

Banyak rujukan yang menyentuh soal memakan benda yang halal dan haram dalam kehidupan seharian kita, sebagai contoh artikel dari PEJABAT MUFTI. Maka kita harus selidiki dengan teliti apabila menyentuh soal halal dan haram. 

Kebiasaannya kita akan cuba mencari punca atau siapa yang bersalah sehingga terjadinya konflik ini. Pada aku, perkara telah terjadi dan mungkin ia telah lama berada dipasaran daging di Malaysia, maka apa yang penting ketika ini ialah bagaimana untuk memastikan polemik ini berakhir di kalangan masyarakat. 

Pada pendapat aku, selagi isu ini tidak diselesaikan maka semua pihak terutama masyarakat tidak mencuba mendapatkan bekalan daging beku untuk kegunaan peribadi atau aktiviti lain seperti perniagaan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?