Boleh Balik Kampung


Apabila kerajaan mengumumkan bahawa tiada sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa apabila seluruh rakyat Malaysia dibenarkan melakukan aktiviti rentas negeri termasuk kawasan PKPB.

Secara logiknya ia adalah "lampu hijau" untuk seluruh rakyat Malaysia terutama yang tinggal diperantauan untuk pulang ke kampung menghabiskan cuti akhir tahun seperti dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya.

Maka tidak perlulah berkata apa-apa lagi kerana pihak yang berkuasa telah memberi kebenaran. Seandainya berlaku sebarang gelombang baru penularan pandemik seperti sebelum ini. Pada aku, kerajaan mungkin telah bersedia untuk mengharungi sekali lagi, logiknya ketika  penularan masih berlaku walaupun dalam radiusnya berselerak tetapi risikonya masih ada.

Jadi apabila kebenaran diberikan, jangan salahkan sesiapa kerana pintu telah dibuka, mengapa harus tengok sahaja?. Jom balik kampung,menghabiskan sisa-sisa cuti penghujung tahun bersama keluarga tercinta.

Andai ada jangkitan baru, biarkan sahaja kerana walaupun telah dimaklumkan namun mereka lebih bijak memberi jaminan bahawa kita pasti selamat walaupun virus ada dikalangan kita. Kempen kendiri?, aku masih beranggapan bahawa amat sukar untuk rakyat Malaysia mengamalkan norma baru kehidupan harian.
 
Walaupun kerajaan menyarankan agar rakyat mengamalkan norma baru kehidupan harian. Persoalannya adakah ia mencapai 100%?, kadangkala data-data yang dikemukakan pada pendapat aku, tidak seperti yang terpampang didepan mata.

Mengapa?, di kawasan Ketereh sahaja, masih ada kelompok tidak memakai topeng muka di kawasan tumpuan, masih ada tidak mengamalkan penjarakkan apabila berada di kedai kopi. Belum lagi menyentuh soal mencatat nama di buku daftar atau scan di mysejahtera.

Kelantan ketika ini, mempunyai 2 kawasan yang dikategorikan ZON MERAH iaitu Pasir Puteh dan Kota Bharu. Aku tidak pasti namun berharap bahawa semua kontak yang berisiko telah dikenalpasti, andai bolos, memang mengundang sesuatu yang tidak diingini.

Aku percaya bahawa 2 minggu terakhir bulan Disember merupakan minggu yang mana jumlah kenderaan di Kelantan akan meningkat kerana kepulangan anak perantau seperti yang dikatakan. Maka bersiap sedia pada sebarang kemungkinan.

Sebagai contoh, kluster chengal, merupakan kluster yang tidak terduga muncul. Disebabkan kedudukan lokaliti kluster tersebut, namun apabila bercakap soal pandemik ini, segalanya tidak mustahil sebagaimana kluster sivagangga.

Semoga rakyat Kelantan dilindungi Allah SWT dari penularan Pandemik yang kini meragut jutaan nyawa diseluruh dunia. As Muslim, kita harus belajar melihat hikmah di atas ujian yang Allah SWT kirimkan ini.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?