Pembelajaran dan Liputan Internet

Kita sedia maklum bahawa tahun 2020 menjadi tahun yang penuh cabaran buat negara dan rakyat Malaysia. 

Ramai terkesan dengan Pandemik yang masih lagi menular seluruh dunia, ramai yang kehilangan pekerjaan kerana ketidak mampuan organisasi atau syarikat menampung kos pengurusan sedangkan keuntungan tidak mampu dihasilkan seperti biasa.

Dalam tempoh Mac sehingga sekarang.  Penularan masih terus berlaku, kluster demi kluster terus muncul dengan radius jangkitan luar jangka. 

Rakyat pula diminta membiasakan diri dengan kehidupan norma baru yang semestinya berbeza dengan kehidupan sebelum ini.

Di antara sektor yang terkesan akibat Pandemik semestinya sektor pendidikan. Sesi persekolahan terpaksa ditutup, para pelajar boleh menghitung dengan jari sahaja untuk hari yang mereka hadir ke sekolah. 

Sesi persekolahan boleh dikatakan hampir 80% - 90% dilakukan secara atas talian bermula bulan Mac yang lalu.

Namun isu lain mula timbul apabila sistem pembelajaran atas talian di laksanakan sepenuhnya akibat pandemik. 

Isu liputan rangkaian internet yang terbatas, menyukarkan untuk pelajar di peringkat sekolah sehingga peringkat Universiti mengikuti proses pembelajaran di atas talian.

Kebanyakan kawasan yang mengalami kesukaran mendapatkan liputan internet merupakan kawasan pinggir atau luar bandar. Terutama kawasan Sabah dan Sarawak. 

Pelbagai peristiwa yang berkaitan dengan laporan sehingga di bawa ke Dewan Rakyat, paling mencuri perhatian ialah pelajar universiti terpaksa mengikuti pembelajaran atau ujian secara atas talian di atas kawasan tinggi seperti di atas pokok yang tinggi atau kawasan lapang di atas bukit.

Isu ini menarik minat aku untuk memperkatakanya kerana pada tahun 2018, aku & team pernah terlibat dengan program atau projek yang berkaitan dengan e-learning. 

Ia lebih kepada memberi ceramah berkaitan kelebihan bagi para guru dan pelajar menggunakan e-learning dalam sesi pembelajaran di sekolah, pada waktu sama mengumpul data berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi oleh guru dan pelajar di sekolah berhubung pembelajaran melalui e-learning.

Di antara permasalahan yang dapat dirumuskan ialah masalah pencapaian internet yang sangat lemah apabila berada di kawasan luar bandar, merujuk kawasan contoh seperti beberapa kawasan di Kuala Krai, Jeli dan tanah merah.

Kemudian masalah tidak memiliki peranti, kebanyakan pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar merupakan pelajar dari keluarga kumpulan B40 yang terdiri dari petani dan pekebun. Keboleh mampuan memiliki peranti seperti pc atau lap top peribadi adalah terbatas.

Kami telah melaporkan segala dapatan kaji selidik yang dijalankan hampir setiap sekolah di seluruh negeri Kelantan kepada pihak ibu pejabat di Kuala Lumpur dan seterusnya di bentangkan kepada pihak KPM.

Oleh itu, aku berpendapat seharusnya pihak KPM atau yang berkaitan telah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh para guru dan pelajar untuk melakukan sesi pembelajaran atas talian.

Ketika itu, aku mencadangkan agar Pusat Internet 1 Malaysia yang wujud di daerah, di seluruh Malaysia sebagai hub untuk pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan mengikuti pembelajaran atas talian.

Isu capaian liputan internet, bukan hanya melibatkan para pelajar, ia turut melibatkan para penjawat awam serta sektor swasta yang melakukan kerja dari rumah ketika ini. 

Oleh itu, pihak yang berkaitan harus segera mengambil tindakan bagi mengatasi masalah yang dilaporkan.

Semua pihak harus sedar bahawa tahap liputan internet dan kelajuan internet memainkan peranan penting dalam proses pemulihan ekonomi sesebuah negara ketika ini.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?