Ekonomi atau Kesihatan?



Memasuki hari ke-6. Pihak kerajaan membenarkan rakyat Malaysia melakukan aktiviti rentas negeri termasuk kawasan yang dikategorikan merah atau kuning bermula 7 Disember 2020. Satu keputusan yang berani pada pendapat peribadi aku telah di ambil oleh pihak kerajaan.

Kebenaran yang diumumkan semestinya menggembirakan, tidak perlu tunggu lama, aktiviti rentas negeri mula dirasai apabila bilangan kenderaan di neegri Kelantan ketika ini, jelas menunjukan peningkatan berbanding sebelumnya.

Adakah Malaysia telah berada di penghujung penularan?, adakah laporan yang disiarkan setiap hari berkenaan jumlah rakyat yang positif dijangkiti hanya melibatkan kawasan tertentu sahaja?. Benarkah tiada lagi risiko penularan baru apabila berlakunya aktiviti rentas daerah atau negeri?.

Dari segi ekonomi, ia sangat menggembirakan para peniaga apabila aktiviti ekonomi kembali berjalan dan hasil jualan kembali meningkat setelah kepulangan anak-anak perantau. Kebiasaannya di pasar malam Pekan Ketereh ini, bilangan pengunjungnya sangat sedikit namun pada khamis yang lalu, berlaku peningkatan yang sangat ketara perbezaannya.

Keadaan ini memang yang diinginkan oleh para peniaga, namun mana yang lebih penting?, menjana ekonomi walaupun risiko berlaku penularan atau sebaliknya?. Seperti orang-orang tua kawasan setempat berkata, "kita berserah kepada Allah SWT", mungkin itu pemikiran yang sangat mudah ketika ini.

Walaupun ada suara menasihati jangan pulang ke kampung ketika ini. Aku rasa, ia sekadar nasihat bukan arahan dan semestinya agak sukar untuk dipatuhi oleh masyarakat ketika ini. Selagi kita bernama manusia, sentiasa kalah kepada keingin melakukan sesuatu yang dilarang. Peraturan Islam boleh dilanggar, ini pula peraturan dunia.

Aku berharap secara peribadi berharap status ekonomi dan kesihatan sama-sama kembali pulih, mungkin nampak agak mustahil ketika ini tetapi jika kena cara melaksanakannya pasti berjaya, namun ketika ini adakah ia bakal berjaya?.

Ketika ini, agenda utama mana-mana negara ialah meningkatkan aktiviti ekonomi tempatan dan menurunkan kadar jangkitan. Namun itu bukan bermakna harus alpa bahawa tiada lagi risiko jangkitan walaupun banyak negara mula declare vaksin mereka yang terbaik, hakikat buktinya masih belum ada secara hakiki.

Aku dan ma, merupakan individu yang dikategorikan sebagai kelompok berisiko, maka setiap langkah atau aktiviti harus difikirkan secara mendalam agar tidak menimbulkan sebarang komplikasi jangka panjang terutama ma.

Jika rakyat benar-benar mematuhi SOP yang disarankan, kita tidak perlu memilih di antara ekonomi atau pandemik kerana kita mampu mencapai matlamat keduanya. In Sha Allah

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?