BELANJAWAN 2021 LULUS

 DEMI RAKYAT UNTUK RAKYAT


Dewan Rakyat telah meluluskan belanjawan bagi tahun 2021 dengan undian belah bahagi, dengan jumlah 111 yang menyokong, 108 yang menolak dan seorang yang tidak hadir. Alhamdulillah, pada aku walaupun ada banyak kekurangan yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang, namun masih ada kelebihan terutama untuk rakyat ketika dunia terus dihimpit oleh Pandemik yang masih menular dibeberapa buah negara termasuk Malaysia.


Kini, diharapkan pihak kerajaan lebih fokus dalam membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan Pandemik seperti diperkatakan sebelumnya. Soal politik atau keyakinan rakyat terhadap blok kerajaan ketika ini, diharapkan diwujudkan tempoh bertenang.

Apabila saat PRU ke-15 semakin hampir, pada pendapat aku, ketika itu barulah masing-masing berbahas atau melakukan apa sahaja dalam mempersiapkan blok atau parti masing-masing demi mendapatkan sokongan rakyat dan membentuk kerajaan yang lebih kukuh berbanding sekarang.

Paling penting, menjadi harapan aku dan mungkin rakyat Malaysia ialah agar belanjawan yang mendapat kelulusan Dewan Rakyat ini, keberhasilannya adalah semaksimun mungkin. Aku secara peribadi agak kecewa apabila mendengar ulasan atau kupasan laporan audit negara terhadap isu ketidakcekapan mengurus peruntukan kewangan oleh Kementerian atau Agensi terbabit.

Harapan aku juga, apa yang dijanjikan di Dewan Rakyat, akan dikotakan dari sudut pelaksanaannya, sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui dan Melihat setiap tindak-tanduk mereka yang bertanggungjawab walaupun memakai serban atau berjubah.

Semoga tahun 2021 dapat memberikan sesuatu buat rakyat Malaysia setelah tahun 2020 dipenuhi cabaran, dugaan dan drama politik yang tidak bersudahan sehingga rakyat naik mual dan jelik. Rakyat kini benar-benar terhimpit dengan situasi ekonomi negara sendiri masih dalam keadaan tidak menentu.

Berdasarkan pemahaman aku, budget kali ini merupakan budget dengan saiz kewangan yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan, sangat besar nilainya. Mungkin ia sebagai pendorongan kepada kemajuan ekonomi negara dalam kini berada dalam kondisi pemulihan.

Peruntukan bantuan yang telah dibentangkan, diharapkan prosedur untuk mendapatkannya dipermudahkan, no more birokrasi yang menyulitkan rakyat terutama bantuan kewangan melalui pengeluaran wang dari akaun satu KWSP.

Kelulusan telah diperolehi maka tinggal untuk melaksanakan inti belanjawan 2021. Rakyat senyum, pemulihan ekonomi tercapai.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?