JOM LAYAN DRAMA

EPISOD BARU POLITIK MALAYSIA 



Ketika rakyat sedang dihidangkan drama perbahasan Dewan Rakyat berkenaan Belanjawan 2021. Tiba-tiba muncul pula episod baru drama politik tanahair dan kali ini, latar cerita di Perak.

Sejujurnya, dari sudut pandang selaku rakyat bawahan, merasa mual dengan soal politik tanahair yang tidak pernah selesai ketika rakyat dilanda musibah kesan dari pandemik dunia.

Pada aku, tahun 2020 merupakan tahun drama politik Malaysia. Dari awal  sehingga akhir tahun, ada sahaja kisah yang dihidangkan kepada rakyat walaupun bukan ini yang diinginkan.

Pada aku, pelbagai hikmah yang jelas kelihatan dari apa yang berlaku, cuma diharapkan orang-ramai dapat melihat dan menilai seperti mana aku lihat dan nilai. Jangan taksud dengan imej luaran atau tutur bicara kerana dalaman hanya Allah SWT Maha mengetahui. Berkawan dengan orang lain, bercinta dengan orang lain.

Aku berharap kemelut yang berlaku dapat diselesaikan secepat mungkin, pelbagai kemungkinan pasti terjadi. Perkara biasa dalam seni politik, paling penting menjadi sang juara. Seni yang aku tidak mampu pelajari sampai bila-bila kerana ia memerlukan hati yang mudah berbolak-balik.

Aku tertanya-tanya sendirian, adakah tahun 2021, sesuatu yang sama menanti?, atau lebih baik atau sebaliknya?. Dari satu sudut berbeza, manusia beragama pasti mengetahui bahawa dunia semakin hampir ke tarikh akhirnya. Namun ada yang bersedia dan ada yang sebaliknya. Mungkin sebab itu, penghuni neraka lebih ramai dari penghuni syurga.

Belum selesai di satu negeri, timbul pula desas-desus drama bakal bersambung ke negeri lain. Sampai bila?, jika begitu bubarkan sahaja Dewan yang mulia, senang rakyat memilih berdasar akal yang waras bukan hati yang semakin tidak setia.

Apapun jangan lupa layan drama seterusnya sambil sediakan teh 'o' panas dengan biskut kering, dilayan pula waktu menonton selepas selesai solat isyak.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?