PELBAGAI KISAH SIDANG DEWAN RAKYAT

 MP LAMA VS MUDA


Pada PRU ke-14 yang lalu, kita menyaksikan Pakatan Harapan telah membawa perubahan dengan meletakkan beberapa orang calon muda yang berusia lingkungan bawah 40 tahun. Kita menyaksikan bahawa strategik tersebut berjaya dengan menyaksikan penyandang kerusi Parlimen sebelumnya kecundang.

Apabila Dewan Rakyat bersidang, pasti wujud situasi usik-mengusik di antara MP Veteran dan Muda. Kebiasaannya aku melihat, MP Muar yang sering menjadi MP yang di usik oleh MP Veteran yang lain. Usikan yang diperkatakan lebih merujuk nama panggilan terhadap YB Muar.

Pada aku, walaupun nama panggilan yang digunakan terhadap MP Muda sebagai usikan oleh MP Veteran, ia masih sesuatu yang mendukacitakan kerana jelas kelihatan kematangan ketika persidangan sedang berlangsung.

Bukan ingin mencipta polemik atau retorik, cuma cuba membawa satu isu yang sebenarnya sentiasa terjadi bukan sahaja merujuk situasi Dewan Rakyat tetapi merujuk kepada sektor pekerjaan. Aku pasti ketika ini, masih ada orang LAMA yang belum bersara. Mempunyai tabiat suka merendahkan kakitangan MUDA termasuk pegawai atasan mereka sendiri.

Kebiasaan pegawai LAMA ini, berada di peringkat DAERAH, Kompetensi mereka lama-kelamaan semakin rendah, segalanya semakin perlahan. Apabila pegawai yang lebih MUDA menegur, dimarahi balik pegawai tersebut. Ayat yang biasa keluar dari mulut orang LAMA ini seperti "kau BUDAK apa yang kau tahu".

Aku amat percaya situasi sebegini, dialami oleh setiap pegawai muda tanpa mengira sektor awam atau swasta. Orang LAMA ini, ayat biasa keluar apabila melakukan sesuatu kesalahan ialah "Aku" dah nak pencen". Namun kadangkala tua tidak semestinya tidak BIADAP.

Berbalik kepada Dewan Rakyat. Pada pandangan aku, sudah sampai masanya untuk pengundi MUDA mula berfikir sejenak sebelum PRU Ke-15 tiba. Adakah wajar kita meneruskan pilihan orang tua kita?. Aku dari peringkat Sekolah Rendah sehingga usia mencecah 40 tahun, masih orang yang sama sahaja dipilih sebagai ADUN atau Ahli Parlimen.

Aku bukan mewakili mana-mana pihak atau penulis upahan mana-mana KEM. Aku hanya meluahkan apa yang aku rasa, arwah abah seorang pendokong PARTI sehingga akhir hayat namun tiada satu penghargaan yang abah aku terima atau lihat didepan MATA.

Seandai ada calon MUDA yang berkaliber untuk mengemudi KAPAL PARLIMEN. Mengapa tidak boleh dipertimbangkan?, mungkin mencuba yang baru lebih baik dari sebelumnya. Tiada siapa menjangka, sebagaimana ketika keputusan PRU Ke-14 di umumkan, BN selaku Parti Dominan sekian lama tumbang.

Pada aku, PRU ke-14 harus dijadikan simbolik kepada kehendak atau perubahan yang diinginkan oleh generasi muda terutama yang menjadi pengundi kali pertama. Orang lama atau veteran, boleh mula memikirkan waktu pesaraan dari dunia politik tanahair. Serahlah kepada pewaris yang lebih muda semangat, tenaga dan idea dalam memajukan negara.

Dunia sendiri, perlahan-lahan mula menyerahkan kuasa kepada orang muda dalam membawa negara masing-masing ke arah lebih baik dan berdaya saing. Kelompok veteran harus sedar bahawa waktu mereka terus berada di kelompok memimpin harus diwarisi sebelum di tangisi.

Seharusnya rasa hormat-menghormati wujud dikalangan Ahli Parlimen, bersidang untuk rakyat, maka masing-masing diharapkan menghormati pandangan masing-masing. Bagaimana MUDA ingin menghormati TUA jika TUA tidak menghormati MUDA.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?