AKU DAN SCAMMER

Di Malaysia, aktiviti penipuan atau scammer dilihat sentiasa telah lama wujud dan sentiasa berjaya memperdayakan rakyat Malaysia dengan nilai kerugian yang sangat besar. 

Pihak berkuasa pula dilihat, sentiasa mengadakan kempen kesedaran terhadap bentuk penipuan atau scammer yang sering berlaku agar rakyat Malaysia berwaspada namun masih sahaja ada mereka yang menjadi mangsa.

Salah siapa?, persoalan yang pasti timbul apabila berlaku kes penipuan wang orang ramai. Kita mengetahui bahawa pelbagai bentuk penipuan yang dilakukan termasuk penipuan melalui panggilan telefon dengan menyamar sebagai pegawai penguatkuasa. Situasi penipuan ini atau scammer bukan hanya terjadi di Malaysia tetapi turut melibatkan negara-negara lain seperti Indonesia.

Berdasarkan pengalaman aku, hampir menjadi skim atau penipuan seperti scammer. Di antaranya pada tahun 2007, aku pernah dibawa oleh rakan-rakan Universiti untuk melawat pejabat mereka, di kawasan Petaling Jaya. 

Ketika aku sampai di kawasan tersebut, aku melihat begitu ramai yang berpakaian smart kasual sambil membawa kenalan mereka ke pejabat terbabit.

Apa yang aku faham, mereka mengamalkan konsep network, mereka telah dilatih teknik untuk memikat rakan-rakan mereka dengan cara berpakaian. Kemudian cuba menampakkan kejayaan yang dikecapi.

Seterusnya aku dibawa ke ruang pameran  iaitu lot kedai yang menjual peralatan pewangi yang mewah. Salah seorang senior aku ketika di Universiti, cuba menyakinkan aku untuk menjadi downlinenya. Kemudian aku di bawa ke tingkat atas iaitu ruangan perbincangan.

Di ruang tersebut, aku melihat hampir 80% mereka yang terlibat merupakan orang Melayu dan berusia  anggaran awal 20-an. Kebanyakan ayat yang digunakan untuk memikat bakal network hampir sama, cuma aku lupa butir percakapan tersebut.

Bayaran yang dikenakan untuk menyertai perniagaan tersebut ialah RM2000 sahaja, kemudian network akan dibekalkan dengan pewangin mewah terbabit. 

Bagi mendapatkan pulangan bagi modal yang dikeluarkan sebanyak RM2000, mereka harus mencari network mereka pula.

Kenalan aku semasa di Universiti yang menyertai perniagaan tersebut, sehingga sekarang, tiada sebarang pulangan yang diperolehi dan akhirnya RM2000 lebur begitu sahaja. 

Hakikat masih wujud pemikiran dikalangan rakyat Malaysia, bahawa mereka boleh hidup senang atau mewah dengan kerja yang mudah, akhirnya terlewat untuk mengetahui mereka telah menjadi mangsa.

Paling menyedihkan apabila ada individu yang menjadi mangsa berulang cuma berlainan penganjur atau scammer sahaja. Mengapa?, pada aku, ia kerana mereka merasakan bahawa ini sahaja peluang mereka untuk hidup senang dan mewah.

Aku juga pernah menerima panggilan telefon yang mengatakan aku memperolehi hadiah, cuma memerlukan aku memasukan sejumlah wang kepada akaun pemanggil agar dapat menghantar hadiah tersebut.

Modus yang hampir iaitu melalui panggilan telefon, pemanggil mendakwa mereka membuat panggilan dari pihak bank. Aku tidak pernah membuat sebarang pinjaman tapi wujud dakwaan sebegitu.

Mula-mula aku panik juga, kemudian aku mendapatkan pengesahan dari cousin aku yang merupakan akauntan bank. Nasib baik aku tidak terperdaya.

Aku menjadi pelik, bagaimana si scammer itu mendapatkan nombor telefon aku dan keluarga disamping mengetahui latar belakang aku secara umum?.

Alhamdulillah setakat ini, Allah SWT masih melindungi aku dan keluarga dari penipuan scammer di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?