Kahwin & Mati


Setiap dari kita, pasti akan merasai kematian. Proses perpisahan di antara kita dengan dunia dan segala isinya termasuk keluarga tercinta.  Mahu tidak mahu, itu yang kita bakal tempuhi. 

Apabila selesai sahaja, jasad kita dikembalikan ke tanah, maka semuanya yang mengiringi akan pulang dan menjalani aktiviti harian seperti biasa walaupun kita telah tiada bersama mereka.

Namun, kisah hidup orang yang kita sayang, mungkin sedikit berbeza. Laluan mungkin sama namun dugaan pasti sangat berbeza. Aku terfikir sendirian, bagaimana kisah kehidupan keluarga poligami?, terutama apabila sang suami yang selama ini menjadi nakhkoda kepada 2 atau 3 atau 4 kapal berbeza anak-anak kapalnya.

Apabila berbicara soal poligami, sememang ia dituntut dalam Islam seandainya si suami mampu adil dan memenuhi syarat yang ditetapkan, berpoligami pada aku, turut bergantung kepada niat. Adakah ia berlaku kerana Allah SWT atau nafsu?.

Maklumlah, cerita mulut orang, wanita yang memegang tittle janda ini, seringkali dipanggil wanita penggoda terutama wanita yang masih muda atau seringkali di label, janda berhias. Jika ingin mengupas soal poligami dan janda ini, pada pendapat aku sangat besar skopnya.

Aku sekadar ingin mengupas soal poligami dengan kematian, iaitu apabila sang suami meninggal dunia, bagaimana keadaan isteri-isteri arwah?.

Sekiranya sang suami meninggalkan warisan yang banyak, pasti tiada isu yang mungkin timbul. Mungkin yang menjadi perbahasan ialah apabila sang suami tidak meninggalkan apa-apa untuk pewaris di atas muka bumi ini.

Kemudian, Adakah isteri pertama redha sang suami berpoligami?. Aku tidak nafikan bahawa wujud pasangan yang merestui dan meredhai suaminya berkahwin lain. Namun begitu semua mampu bersikap demikian kerana kehidupan berpoligami ini banyak ujian dan dugaannya.

Pada aku, jika benar isteri pertama itu tidak merestui atau meredhai dirinya di poligami oleh sang suami, namun harus belajar mengikhlaskan diri menerima apa telah ditakdirkan iaitu di atas sang suami ada manusia lain yang turut mempunyai haknya.

Hak itu termasuk mengiringi suami di saat akhir di muka bumi ini. Aku faham dan mengerti betapa perit hati didustai dan agak sukar menerima mereka yang merampas hak kita selama ini. Namun apabila sang suami yang harus berbahagi telah tiada di muka bumi ini. Maka masing-masing harus ikhlaskan dan berjiwa besar ketika terjadi sebuah kematian insan yang dikongsi iaitu suami.

Aku bimbang jika tindakan yang dilakukan terutama dari pihak isteri pertama, bakal mengundang dosa terhadap sang suami kerana gagal mendidik dan bersikap adil terhadap para isterinya.

Itulah hakikat dalam sebuah kematian, wujud seribu satu kisah yang akan tersingkap jika terus berpegang kepada ego masing-masing. Padahal alangkah elok jika para isteri atau anak-anak sama-sama mendoakan kebahagiaan suami yang kini telah pergi buat selamanya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?