Aktiviti Rentas Negeri

Berdasarkan perkembangan semasa, pihak MKN atau KKM masih belum membenarkan sebarang aktiviti rentas negeri di seluruh negara. Hanya kebenaran merentas daerah baru sahaja dibenarkan berdasarkan jumlah kes yang semakin menurun dan bilangan rakyat Malaysia yang telah menerima suntikan vaksin.

Walaubagaimanapun, sekiranya ada sebarang urusan rasmi atau penting, rakyat Malaysia dibenarkan untuk merentas negeri dengan mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa iaitu pihak PDRM. Maka tidak hairan apabila jumlah kenderaan di atas jalan raya laluan Kuala Krai - Kota Bharu menunjukan peningkatan pada waktu tertentu.

Berdasarkan laporan akhbar Sinarharian. Cukup membuktikan bahawa aktiviti rentas negeri walaupun mendapat kebenaran pihak berkuasa, telah menyebabkan berlaku penularan dengan jumlah jangkitan yang boleh dianggap tinggi.

Ketika ini, aku melihat ramai warga kelantan yang tinggal dan bekerja di Wilayah Persekutuan dan Selangor yang mengemaskini status sosial media mereka berkenaan kepulangan mereka ke kampung pada waktu ini. Adakah ini dikatakan kesempatan dalam kesulitan?.

Berdasarkan data-data jumlah jangkitan di Kelantan, pada pendapat aku. Ia masih belum boleh dianggap keadaan penularan di sini semakin stabil berbanding sebelumnya yang mencecah ratusan kes setiap hari.

Sesuatu yang sukar untuk diubah pada manusia ialah sikap. Hanya memikirkan diri sendiri sehingga menyusahkan orang lain. Itu yang membawa penularan baru di Kelantan atau mana-mana sahaja yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?