Kompaun Pandemik

 Ketika ini, negara Malaysia dalam proses melaksanakan program Vaksinasi melibatkan semua peringkat dan dibahagikan kepada 3 fasa. 

Itu bukan bermakna, rakyat Malaysia boleh melakukan apa sahaja termasuk melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh MKN atau KKM.

Aku masih berpegang kepada prinsip "Education With Law". Ia merujuk kepada mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan pematuhan SOP melalui pelaksanaan undang-undang yang bersesuai. 

Hal ini merujuk tindakan kompaun bagi mereka yang melakukan kesalahan tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sebelum ini, nilai kompaun yang dikenakan adalah sebanyak RM1000 dan ramai rakyat Malaysia yang telah dikenakan kompaun atas kesalahan yang dilakukan. 

Di antara kesalahan yang sering dilakukan ialah tidak memakai topeng penutup muka di kawasan tumpuan umum, kemudian tidak menjaga jarak apabila berada dalam kelompok.

Berdasarkan kepada nilai cukup membuktikan bahawa masih wujud kesegelintir rakyat Malaysia yang bersikap degil dengan tidak mematuhi SOP yang di rangka demi kebaikan kita sendiri. 

Aku bersetuju bahawa masih banyak kekurangan atau kelemahan dari sudut pelaksanaan kompaun terhadap rakyat Malaysia. Tetapi kelemahan itu masih boleh dibaiki dari semasa ke semasa.

Apabila nilai kompaun seribu ringgit masih ramai yang sanggup melakukan kesalahan. Maka pihak kerajaan telah menaikkan nilai kompaun tersebut dari RM1 ribu sahaja kepada RM10 ribu sahaja bagi setiap kesalahan perlanggaran SOP.

Aku faham bahawa nilai yang dikemukakan menimbulkan polemik atau pendebatan dalam masyarakat. Oleh itu, masing-masing boleh mengemukakan hujahan bagi mempertikaikan kewajaran nilai kompaun tersebut. 

Aku bersetuju nilai dinaikan cuma jumlah yang dinaikan itu yang harus diperhalusi kerana semua orang berisiko dikenakan kompaun dengan nilai yang sangat besar.

Paling penting, sekiranya kita mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing. Kita mampu mengelak penularan jangkitan dan dikenakan kompaun sebesar RM10 ribu.

Ia bukan hanya tentang wang tetapi nyawa yang terkorban disebabkan pandemik yang melanda negara tercinta ini.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?