Kuasa & Neraka

Di antara godaan dunia yang semua manusia inginkan ialah KUASA. Memilikinya mampu mengubahkan keadaan atau sikap orangnya. Segala hajat yang diingini di atas muka bumi ini tanpa mengira adakah ia sesuatu yang halal atau haram pasti diperolehi. Percaya atau tidak, kuasa mampu membuatkan perkara yang haram mengikut agama Islam menjadi halal.

Maka, tidak pelik jika aku katakan bahawa  kuasa itu mampu membawa sesiapa sahaja yang memilikinya ke Syurga atau Neraka. Mungkin itu sifat manusia, sebelum berkuasa bicaranya lain, selepas berkuasa bicaranya lain. Perubahan pula sangat jelas sehingga sesiapa sahaja mampu melihatnya.

Sebijak mana seseorang itu, sealim mana seseorang itu. Kuasa mampu mengubahnya secara perlahan-lahan sehinggakan akhirnya hanya tersedar ketika Malaikat Maut sedang mencabut nyawa. Adakah Waktu itu, masih sempat bertaubat?.

Jika kita membaca sirah Rasulullah SAW serta para sahabat. Adakah mereka hidup bermewah seperti Khalifah yang hidup ketika ini?. Berkereta mewah?, gaji puluhan ribu ringgit?. Mungkin aku khilaf tetapi sepanjang bacaan tentang sirah Rasulullah SAW dan para sahabat, tidak ada satu pun catatan yang menggambarkan kehidupan Baginda dan para sahabat mewah bagaikan seorang Raja. Mengapa?.

Pada pendapat aku, ia adalah kerana godaan kuasa itu sangat dasyat apabila memilikinya. Walaupun seorang Ulamak sekali pun pasti tergoda dengan kuasa yang diperolehi. Kemewahan yang dikecapi atau kemudahan yang sedia ada untuk sesiapa sahaja yang memegang kuasa.

Adakah manusia sanggup menggadaikan agama kerana kuasa?. Mengikut pengalaman aku, selagi bernama manusia, sifat manusia zaman ini bukam maksum. Pasti terdetik nafsu di dalam diri walaupun tutur bicara sebaliknya. Siapa tidak inginkan kuasa?, siapa tidak ingin rumah mewah?, kereta mewah?.

Kadangkala jelas kelihatan, percakapan tidak sama dengan perbuatan. Namun satu lagi sifat manusia akhir zaman iaitu tidak akan pernah mengaku kesilapan walaupun terang lagi bersuluh. 

Aku tidak pasti adakah hadis sahih atau daif bahawa bagi 1000 Umat Islam, hanya seorang sahaja masuk ke Syurga. Manakala 999 bakal ke Neraka. Jadi tidak hairan jika merujuk situasi ketika ini. Kuasa dunia mempunyai godaan yang sangat kuat sehingga mana-mana manusia tidak mampu menolaknya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?