Kluster baru di Ketereh

 Sejujurnya aku terkejut dengan laporan terkini status kesihatan COVID-19 di Kelantan dengan kewujudan satu kluster baru iaitu Kluster Paloh Rambai. Setiap hari, ada sahaja kes baru dicatatkan oleh Kluster tersebut.

Kluster Paloh Rambai berada di kawasan Parlimen Ketereh, semestinya ia menimbul kegusaran pada semua penduduk kerana radius jangkitan difahamkan telah merebak sehingga ke daerah Bachok. Dikatakan Kluster ini terjadi disebabkan indeks Kluster telah mengadakan kenduri kahwin pada awal bulan ini.

Bahkan sebuah sekolah terpaksa ditutup kerana dikatakan beberapa orang gurunya turut terkena jangkitan. Namun tidak dapat dipastikan jumlah kontak rapat yang terlibat di sekolah berkenaan. Pada pendapat aku, situasi ini sangat mendukacitakan kerana para pelajar dan ibubapa menjadi mangsa keadaan tidak diduga sama sekali.

Hakikatnya kita masih belum berjaya memutuskan rantaian penularan pandemik ini. Pada waktu yang sama, aku melihat keadaan warga setempat yang amat jelas semakin tidak mengamalkan SOP yang ditekankan oleh pihak KKM sebelum ini.

Secara logiknya apabila melibatkan pelajar sekolah, radius jangkitan pasti diluar jangkaan dan semua individu yang terlibat harus menjalani saringan merujuk kakitangan sekolah dan para pelajarnya kerana mempunyai risiko jangkitan. Aku menaruh kepercayaan kepada pihak KKM, mereka pasti memastikan semua yang terkait disaring demi memastikan tiada yang terlepas untuk menerima rawatan.

Aku berharap situasi yang terjadi ini bakal menjadi iktibar buat penduduk Ketereh amnya, jangan pernah mengambil langkah mudah dalam soal pematuhan SOP kerana jika terjadi sesuatu penularan. Semestinya kita tidak mahu golongan kanak-kanak, warga emas dan yang berisiko seperti aku menjadi mangsa.

Sekiranya boleh aku gambarkan situasi ketika ini, penularan kini berada di sebelah kanan, kiri dan hadapan lokaliti kediaman aku. Pada pandangan aku, Kluster Paloh Rambai bukan Kluster yang pertama di kawasan Ketereh ini. Seharusnya penduduk menjadi ikhtibar namun segalanya telah berlaku. Hanya tinggal kita jaga kita dan kita patuhi SOP bersama.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?