Ibu jatuh sakit

 Sekali lagi, ibu jatuh sakit disebabkan kuman di bahagian kaki kirinya. Dua hari sebelum sakit, ibu mengadu bahawa tubuhnya rasa kurang enak. Setiap kali mendengar keluhan itu, aku pasti rasa bimbang kerana sudah beberapa kali ibu jatuh sakit kerana punca yang sama.

Pagi kelmarin, semasa solat Subuh, keadaan mula berubah. Ibu mula tidak sedarkan. Oleh kerana bukan kali pertama ibu dalam keadaan tidak sedarkan diri, aku sudah boleh membaca tanda-tandanya. Aku cuba membawa ibu ke kerusi rehat di ruang tamu tetapi sukar sehinggakan ibu rebah dan aku terpaksa pangku kerana ibu tidak dapat bernafas dengan lancar.

Aku segera hubungi ibu saudara untuk meminta pertolongan. Demam ibu sedikit kebah setelah lap dengan kain basah oleh mak cik, dari hanya aku seorang diri, semakin ramai yang hadir membantu. Keadaan ibu semakin baik.

Dengan bantuan sepupu terdekat, aku bawa ibu ke Klinik yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Apabila pulang ke rumah, berehat seketika barulah ibu dalam keadaan sedar sepenuhnya setelah semua yang datang membantu ketika waktu genting pulang.

Abang tidak dapat pulang, hanya bertanya khabar melalui telefon sahaja. Selain dari itu, kos rawatan ibu dibayar oleh abang melalui pindahan wang. Nasib baik aku masih ada cousin yang masih muda dan kuat untuk membantu mengangkat ibu. Jika harapkan kekuatan aku seorang, sememangnya tidak mampu menanggung bebanan.

Ibu secara perlahan-lahan kembali pulih seperti biasa walaupun masih lagi rasa sakit di tubuh badannya termasuk aku. Soal makanan walaupun harus berjimat pada awalnya, disebabkan ujian yang menimpa aku harus korban dengan membeli makanan buat semua yang sudi membantu.

Begitulah kekurangan bila keluarga kecil seperti aku. Nasib rumah berdekatan dengan saudara-mara, jika tidak, aku sendiri tidak sanggup membayangkan bagaimana keadaan ibu dan aku sendiri. 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?