Keluhan Peniaga

 Aku singgah membeli di satu gerai yang menjual Ais Batu Campur dan Ais Pulut Tapai di tapak pasar malam di Pekan Ketereh. Hanya gerainya sahaja yang menjual ABC dan APT di Pasar Malam atau Pasar Tani Pekan Ketereh.

Dengan harga hanya RM3 bagi satu cup ABC atau APT, sambil menanti order aku di siapkan, terluah keluhan kecil peniaga terbabit berkenaan dengan kenaikan harga bahan utama untuk menghasilkan ABC atau APT. Setiap hari atau setiap minggu ada sahaja barangan yang mengalami kenaikan harga. Ia sedikit memberi tekanan kepada peniaga kecil sepertinya.

Secara logiknya apabila harga bahan mentah meningkat maka harga produk yang dipasarkan di pasaran turut meningkat. Namun  wajar atau tidak menjual ABC atau APT dengan harga lebih tinggi dari biasa di kawasan yang diketahui pembelinya dalam kelompok B40. Ada atau tidak pembeli jika harga ABC atau APT dinaikan sehingga RM5 secawan?.

Keluhan peniaga itu, merupakan salah satu contoh cabaran yang perlu dihadapi oleh usahawan kecil ketika ini. Ketika masyarakat terus dihimpit masalah pandemik yang meragut nyawa. Masyarakat turut bergelut dalam meneruskan kehidupan seharian.

Aku sendiri terkejut apabila produk plastik sampah yang selama ini berharga sekitar RM 2.50 seunit, kini mencecah RM 3.30 seunit. Nilai peningkatan yang berganda buat masyarakat walaupun ia bergantung kepada kita untuk membelinya atau bertukar kepada produk yang lebih murah.

Kos bahan mentah naik, masalah hasil perniagaan pula yang semakin menurun. Di kawasan Ketereh ini, ada banyak kedai makanan yang menjadi tumpuan dan cukup terkenal dikalangan rakyat Kelantan. Sebelum PKP dilaksanakan atau dunia dilanda Pandemik. Setiap hari ini penjual mampu memperolehi jumlah jualan mencecah ribuan ringgit. Kini untuk melepasi nilai RM1000 sehari pada satu-satu waktu agak sukar.

Begitu keadaan penjual ABC atau APT di awal penulisan. Sebelum PKP atau Pandemik. Jumlah jualan pada setiap pasar malam atau pasar tani mampu mencecah seratus cawan. Apabila PKP dilaksanakan dan Pandemik melanda. Mencapai jualan 50 cawan pada setiap pasar malam atau pasar tani agak sukar. Sekiranya harga dinaikan disebabkan kos bahan mentah, adakah peniaga tersebut masih mendapat sambutan yang sama?.

Aku cuba gambarkan situasi peniaga kecil di kawasan bandar mentropolitan seperti KL, JB atau Georgetown. Adakah mereka mampu bertahan atau keadaan lebih baik dari peniaga di kawasan kediaman aku ini?.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?