Rentas Negeri Bersurat?

 Berdasarkan laporan yang dikemaskini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, berkenaan dengan status kebolehjangkitan di Malaysia. Ia menunjukan bahawa bilangan rakyat Malaysia yang dijangkiti semakin menurun. Pada waktu yang sama, program vaksinasi khusus buat seluruh rakyat Malaysia telah bermula.

Berdasarkan perkembang ini, besar harapan rakyat Malaysia untuk segalanya kembali pulih seperti biasa walaupun mungkin ada sedikit berbeza. Terutama dari sudut SOP pencegahan yang harus di praktikan sepanjang waktu terutama para pelajar sekolah rendah yang kini mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka.

Pada waktu yang sama, pihak kerajaan menegaskan bahawa segala aktiviti rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali mendapat surat kebenaran dari pihak berkuasa.  Namun ada yang pelik berhubung perkara aktiviti rentas negeri ini.

Aku pelik bercampur hairan apabila melihat beberapa individu yang tinggal di kawasan setempat dengan kediaman aku. Sentiasa ada di rumah, di Kelantan,  walaupun bekerja di negeri lain. Bagaimana boleh balik?, atas alasan apa sehingga diberi pelepasan?.

Aku tidak pasti bagaimana mereka yang sepatutnya tidak boleh merentas negeri tetapi sentiasa ada di kawasan berdekatan. Adakah belum pulang ke kawasan yang bekerja atau telah pulang tetapi datang kembali?.

Hal ini, menimbulkan sedikit kebimbangan pada diri aku. Maklumlah Kelantan ketika ini, masih mencatatkan nilai jangkitan dalam komuniti yang tinggi termasuk kawasan parlimen Ketereh. Aku berharap tidak terjadi sesuatu yang tidak diingini sehingga semua pihak telah divaksinkan jika, amat tidak mustahil untuk Kelantan berubah status dari PKPB ke PKP kembali.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?