Warung Beroperasi

Warung yang arwah pak cik berniaga pada asalnya merupakan milik ibu ku yang dibina oleh arwah atuk setelah ibu bersara. Di bina di atas tanah milik adik kepada nenek. Namun perniagaan yang dijalankan oleh ibu tidak kekal lama walaupun banyak modal dihabiskan kerana kurang sambutan dari penduduk setempat.

Kemudian apabila keluarga adik nenek kembali ke kampung setelah berhenti kerja estet di Kuala Krai. Warung ibu diserahkan kepada suami kepada mak ciknya untuk berniaga. Ketika itu, atuk saudara ku ini menjual roti canai berkuah ikan sardin.

Ibu mendapat sedikit bayara sejumlah wang sebagai ganti rugi membina warung tersebut. Kemudian, bila atuk saudara pula meninggal dunia, warung tersebut di serahkan kepada arwah suami ibu saudara aku untuk berniaga. Buka selepas waktu solat asar dan tutup menjelang magrib.

Walaupun hanya sekejap, setiap petang menjadi tumpuan warga emas yang mempunyai pelbagai perangai yang datang untuk duduk bersembang sambil minum secara teh. Boleh dikatakan setiap hari, hanya pelanggan yang sama yang datang. Warung itu boleh dianggap mempunyai pelanggan tetap.

Setelah pak cik meninggal dunia, mak cik tidak ingin menyambung perniagaan sebelumnya. Warung itu disewakan kepada orang lain. Penduduk setempat juga dan bakal dibuka dari pukul 11 pagi sehingga malam. Menu warung pula ialah masakan panas yang lebih kepada mee goreng, bihun sup dan maggi.  

Pasti pelanggan tetap warung tersebut gembira kerana tempat yang menjadi tumpuan selepas waktu asar, masih beroperasi cuma berlain penyewa sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?