Rentas Ramadhan

 Seandainya panjang umur, in sha Allah beberapa minggu lagi Umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadhan. Bulan yang sentiasa dinanti sepanjang tahun. Semestinya di antara keistimewaan Ramadhan ialah Umat Islam diharuskan berpuasa di siang hari dan di sunatkan solat Terawih di malam hari.

Bagi rakyat Kelantan yang tinggal diperantaun, menjadi kebiasaan akan pulang ke Kelantan untuk meraikan 1 Ramadhan bersama ahli keluarga. Namun kini adakah kebiasaan itu masih boleh dilakukan?. Pandemik yang melanda menyebabkan pergerakan rakyat Malaysia secara keseluruhan adalah terbatas.

Malah tahun lepas, kita menyaksikan tiada bazar ramadhan dan solat terawih di surau dan masjid sepanjang Ramadhan. Tahun ini, in sha Allah, sekiranya pandemik yang memasuki tahun ke-2 ini mampu dikawal, kerajaan mungkin membenarkan pulang beraya. Ketika ini pihak kerajaan telah memberi membenarkan terhadap aktiviti seperti solat sunat terawih dan bazar Ramadhan beroperasi seperti biasa.

Namun ada ia memadai bagi rakyat Malaysia yang biasa pulang ke kampung apabila menyambut Ramadhan?. Adakah pihak kerajaan membenarkan rentas Ramadhan pada kali ini?. Atas alasan proses vaksinasi rakyat Malaysia berjalan lancar mengikut waktu yang ditetapkan.

Di antara Ramadhan dan Syawal. Aku berharaplah kerajaan membenarkan rakyat Malaysia pulang pada waktu Syawal atau Sambutan Hari Raya Aidilfitri kerana saiz keluarga yang kecil iaitu aku, abang dan ibu. Jika abang tidak mendapat kebenaran pulang atau kerajaan masih menutup sempadan negeri. Sayu hati apabila mengenangkannya.

Diharapkan seluruh Umat Islam, jangan mempersia-sia kehadiran Ramadhan kali ini kerana kita belum pasti ketemu dengan Ramadhan di masa hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?