Temuduga di HRDF

 Di antara agensi atau badan berkanun yang pernah aku menghadiri temuduga ialah temuduga di HRDF atau Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Sebanyak dua kali, aku berjaya terpilih untuk menghadiri temuduga di agensi yang sama.

Peristiwa itu, walaupun telah lama berlaku sekitar tahun 2007 - 2008, mungkin ada sesuatu yang boleh aku kongsi terutama bagaimana aku boleh terpilih untuk ditemuduga sebanyak dua kali oleh agensi yang sama.

Graduan pada tahun tersebut, mempunyai peluang kerjaya lebih cerah berbanding sekarang, aku merupakan salah seorang yang berpeluang merasai peluang tersebut cuma takdir menentukan aku tidak berjaya merebut peluang tersebut sehingga sekarang.

Pada sesi temuduga pertama, ramai calon yang mencuba nasib bagi jawatan sebagai eksekutif di HRDF. Semua calon-calon mempunyai kelebihan tersendiri dan mungkin kalau terjumpa sekarang, mungkin semua memegang jawatan sebagai pengurus atau lebih lagi.

Ketika sesi ini, aku cuba mempraktikan atau cuba menampak kelainan aku berbanding calon-calon lain, aku cuba menunjukan x-factor iaitu sekiranya agensi tidak mengambil aku, mereka akan rugi. Bahkan aku tidak terlalu mengharapkan peluang dan ruang di agensi terbabit kerana melihat kelebihan para calon yang hadir.

Sesi temuduga pertama sememang bukan rezeki aku kerana kenalan yang aku temui pada hari temuduga dibuat yang terpilih menjawat jawatan tersebut. Selang beberapa minggu, aku dihubungi sekali lagi oleh pihak agensi atau badan berkanun tersebut untuk menghadiri temuduga kali ke-2 bagi jawatan yang sama cuma position yang berbeza.

Hanya 2 orang sahaja menjadi calon untuk sesi temuduga tersebut, aku dan seorang wanita yang sangat mempunyai karektor seorang eksekutif, adakah aku berjaya dalam temuduga tersebut?. SEMESTINYA aku gagal lagi, tertewas pada seorang wanita. Faktor kegagalan aku pada sesi kali ini adalah kerana aku tidak peka dalam menjawab soalan nilai gaji yang aku inginkan sekiranya ditawarkan menjawat jawatan yang ditemuduga.

Aku seorang lepasan yang baru menamatkan pengajian, seorang budak yang agak sedikit lurus, aku menamatkan pengajian pada tahun 2006 dan agak terbatas pendedahan aku terhadap tips-tips menghadiri temuduga. Oleh kerana jawapan aku yang sangat tidak menyakinkan dalam soal gaji yang aku minta, maka rezeki calon bagi perempuan tersebut untuk menjadi sebahagian keluarga HRDF.

Begitulah kisah pendek menghadiri temuduga di HRDF,  ketika itu usia masih muda, peluang masih banyak, harapan sangat besar berbanding sekarang dengan umur semakin menghampiri angka 40.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?