Kisah Bantuan Peranti B40

 Di antara pemasalahan yang sering dikemukakan oleh ibubapa berkenaan sesi persekolahan dari rumah ialah kemampuan ibubapa menyediakan peranti atau gajet untuk anak-anak menghadiri sesi PdPR bersama guru dan isu liputan jalur lebar atau internet yang lemah menyebabkan para pelajar atau ibubapa sendiri harus berusaha mencari lokasi yang strategik untuk mendapatkan liputan yang kuat.

Kemudian kita melihat berita tentang Ustaz Ebit Lew, seorang pendakwah dan motivator yang terkenal, telah memberi bantuan peranti kepada para pelajar kurang berkemampuan yang terpilih dalam kuantiti yang kecil sahaja. Sedangkan permohonan yang diterima oleh Ustaz mencecah ribuan. 

Hal ini, menimbulkan persoalan, kemanakah Adun atau Ahli Parlimen yang bertanggungjawab memberi bantuan kepada para pengundi ketika kerajaan melaksanakan PKP atau MCO 2.0 ketika ini?. Aku mengerti bahawa mungkin Adun atau Ahli Parlimen tidak mampu memenuhi kehendak semua pengundinya tetapi sekurang-kurang ada usaha yang dilakukan dalam memberi bantuan.

Demi Allah SWT, aku berharap semua Adun dan Ahli Parlimen dapat memulakan langkah awal dalam memberi bantuan peranti atau gajet bagi kemudahan para pelajar dalam keluarga kurang kemampuan untuk belajar kerana saat ini, setiap pelajar di Malaysia harus meneruskan persekolahan melalui PdPR.

Kos sebuah peranti untuk kemudahan PdPR yang paling rendah mungkin berharga sekitar RM500 - RM600 seunit, mungkin dalam seratus keluarga yang memerlukan tidak sampai 50 keluarga, sekadar aku mencongak secara random. Namun segalanya atas keprihatinan pemimpin sama ada ADUN atau AHLI PARLIMEN.

Bayangkan bukan tanggungjawab Ustaz tetapi masih sudi membantu memberi sumbangan peranti sebanyak 100 unit, namun permohonan yang diterima mencecah 43 ribu unit. Disebabkan itu, aku berasa sekiranya ada bantuan yang sama dari Adun dan Ahli Parlimen, mungkin jumlah keluarga yang memerlukan sumbangan peranti bagi pembelajaran PdPR dapat dikurangkan.

Aku percaya bahawa situasi ini merupakan ujian buat pemimpin, adakah berjaya memberi bantuan yang diperlukan atau sebaliknya. Hakikat kita semua mengetahui bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Walaupun saat ini, jumlah pesakit yang positif semakin menurun, namun segalanya masih belum pasti, adakah sesi persekolahan akan bermula seperti biasa kembali atau masih meneruskan pembelajaran PdPR seperti sekarang. Bagi keluarga yang berkemampuan, pasti menyediakan peranti atau kemudahan untuk anak-anak mengikuti PdPR selengkapkannya. Tetapi bagi keluarga yang sangat kurang berkemampuan, jika mempunyai kelengkapan minimun rasanya cukup memadai.

Ada yang bersuara, mereka rindukan waktu dahulu ketika kerajaan persekutuan terdahulu memberi bantuan netbook kepada seluruh pelajar. Walaupun tidak setanding dengan yang berjenama yang sama fungsinya namun ia adalah PERCUMA buat para pelajar bagi pembelajaran. Rindu itu, pada aku tinggal kenangan kerana paling penting waktu ini, setelah tahun 2020, sesi pembelajaran yang kelihatan tidak menentu, adakah tahun 2021, para pelajar harus menempuhi perkara yang sama?.

Sebuah keluarga mempunyai 4 - 5 orang anak yang masih bersekolah, adakah kesemuanya mempunyai peranti dan kemudahan internet?. ibubapa pula petani atau peniaga kecil-kecilan, pendapatan sekadar mencukupi keperluan harian. Mungkin terjadi keciciran dalam pembelajaran.

Aku masih berharap kelak, pasti ada laporan di media arus perdana atau media sosial yang memaparkan sumbangan peranti atau gajet bagi tujuan PdPR oleh Adun dan Ahli Parlimen Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?