PKP BERSAMBUNG

 


PKP disambung selama 2 minggu bagi tempoh berikutnya selepas tempoh 2 minggu sebelumnya bakal berakhir pada 4 Februari 2021. Pada aku, keputusan ini sememang dijangka berdasarkan situasi semasa terutama laporan demi laporan yang dikemukakan oleh pihak MKN dan KKM berkaitan status penularan Pandemik CV19.

Pelbagai pihak mula meluahkan pelbagai rasa berhubung keputusan yang diumumkan, hakikatnya  yang harus ditelan terutama sebahagian rakyat Malaysia yang berada dalam kategori B40. Walaupun beberapa sektor dibenarkan beroperasi, namun ia didakwa masih belum cukup bagi memulihkan ekonomi rakyat yang terkesan dari PKP terdahulu lagi.

Merujuk situasi di Kelantan, secara peribadi aku melihat berlakunya trend menurun merujuk jumlah pesakit yang positif bagi negeri Kelantan. Pada pendapat aku, keadaan ini banyak dipengaruhi oleh peraturan yang ditetapkan dan dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan berhubung aktiviti merentas daerah dan negeri.

Mungkin tempoh PKP bakal berakhir apabila kerajaan telah memperolehi Vaksin yang dijanjikan kepada rakyat selama ini, walaupun negara lain telah melaksanakan polisi suntikan vaksin kepada rakyatnya.

Aku percaya setelah program vaksin dilaksanakan kelak, aktiviti pemulihan ekonomi negara kembali ke landasan yang betul walaupun jika kita melihat situasi semasa sektor ekonomi, semakin ramai pelabur asing yang menjual ekuiti mereka, sekali gus mewujudkan aliran tunai keluar dari negara kita.

Difahamkan, bagi tempoh PKP yang baru di umumkan, nilai kompaun yang sebelum ini bernilai RM1000 bagi satu kesalahan akan dinaikkan kepada satu nilai yang masih diputuskan oleh pihak kerajaan. Cadangan peningkatan nilai kompaun adalah bagi memastikan rakyat Malaysia benar-benar mematuhi peraturan pencegahan yang ditetapkan.

Boleh dikatakan, rakyat Malaysia semakin lupa bagaimana hidup dalam norma yang baru, pada pemerhatian aku, seorang bagi setiap 8 - 9 orang rakyat Malaysia masih tidak mengamalkan pematuhan SOP terutama dari sudut memakai topeng muka.

Kemudian masih ramai yang mengambil sikap gemar berkumpul di kawasan terbuka tanpa ada sebarang penjarakan sosial yang telah disarankan iaitu pada jarak 1 meter. Warga yang masih bersikap degil untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan ini, wajar dikenakan tindakan tegas terutama mengenakan kompaun dengan nilai yang lebih tinggi seperti dicadangkan.

Sekiranya sepanjang tempoh 2 minggu berikutnya, keadaan masih tidak terkawal, aku tidak sanggup membayangkan keadaan seterusnya kerana bulan Ramadhan semakin hampir, adakah kita masih tidak berpeluang membeli juadah berbuka di bazar ramadhan atau solat sunat Terawih di Masjid?.

Pada pandangan aku, hanya kita sendiri mampu mengubah situasi ketika ini, sekiranya rakyat Malaysia benar-benar mempraktikan SOP, tidak melakukan saringan jika berada di kawasan berisiko. Tahun 2021 akan berlalu tanpa ada sesuatu yang menggembirakan rakyat Malaysia.

KITA JAGA KITA


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?