Wasatiyyah

 Sebagai Manusia berakal, pasti mengetahui bahawa kita hidup pada dua keadaan iaitu kehidupan di atas dunia dan kehidupan selepas kematian. Keduanya mempunyai perbezaan, cuma sesuatu yang pasti ialah kehidupan hari ini adalah sementara berbanding kehidupan selepas kematian. Namun kita tidak boleh melebihi salah satu atau mengurangi salah satu kehidupan tersebut. Oleh itu, Islam amat menekankan Umatnya mengamalkan konsep WASATIYYAH.

Apa itu Wasatiyyah?, pada aku, ia boleh diertikan sebagai cara hidup kita seharian, ia merujuk kepada keseimbangan dan tidak terlalu berlebihan dalam setiap hal termasuk soal dunia dan akhirat. Setiap Umat Islam harus memahami konsep Wasatiyyah kerana tanggungjawab kita selaku Umat Islam menurut tafsiran tokoh akademik mempunyai 2 keadaan iaitu Wajib dan Sunat.

Apabila kita mengamalkan keseimbangan berdasarkan konsep Wasatiyyah maka ia akan mewujudkan kecemerlangan dan keadilan dalam melakukan sesuatu perkara pada waktu yang sama. Aku bukan tokoh akademik atau ulamak atau ustaz, namun apabila melihat kewujudan pendapat sesetengah pihak yang berlebihan pada satu bahagian sehingga memperendahkan satu bahagian lain, ia adalah tidak wajar sekali.

Mendidik keluarga agar fokus pada ilmu agama itu sangat dituntut tetapi jangan sampai merendahkan orang lain yang hidup mengimbangkan kehidupan dunia dan akhirat. Kita sememangnya harus mencari akhirat namun jangan sampai melupakan dunia merujuk kepada membantu orang lain dengana apa yang dimiliki dan tidak mendatangkan kerosakan di atas muka bumi.

Jangan terlalu mengikut tafsiran kehidupan ini dengan pemahaman sendiri kerana sekiranya merujuk sirah Rasulullah SAW, kita pasti melihat keseimbangan di antara akhirat dan dunia. Aku sedikit terasa hati apabila apa pihak berbicara seolah-olah nikmat dunia ini tiada faedah buat umat manusia. Mereka lupa bahawa dakwah yang dituntut dalam Islam, wujud dalam pelbagai cara terutama dalam mendekati kelompok masyarakat bukan Islam.

Mengapa musuh-musuh Islam berjaya mewujudkan sentimen Islamicphobia?. Jika kita renungkan, pada pendapat peribadi aku kerana kewujudan kelompok yang agak radikal dalam agama menyebabkan wujud sentimen tersebut.

Setiap dari kita, harus benar-benar memahami fungsi atau tugas kita sebagai Khalifah di atas muka bumi ini, kita bukan hanya bertanggungjawab pada diri sendiri, ahli keluarga atau jiran tetangga tetapi umat manusia keseluruhannya. Jangan menampakan cara hidup Islam itu berat sedangkan Islam itu memudahkan, maka ketika Ulamak masih ada, Ustaz masih ada, belajarlah, fahamilah sebelum berkongsi nikmat ilmu yang Allah SWT berikan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?