Umat Islam Bertatoo?

 Berdasarkan pemerhatian aku, sejak kebelakangan ini, dilihat semakin ramai Umat Islam mula mengikut budaya memakai tatoo di bahagian tertentu di badan sendiri. 

Apa sebenar erti perkataan tatoo itu?, berdasarkan carian di internet, ia boleh didefinisikan sebagai lukisan atau tanda dengan memasukkan dakwat berwarna dalam lapisan kulit manusia. 

Secara umumnya, aku memahami bahawa tujuan membuat tatoo oleh seseorang itu adalah sebagai medium kecantikan atau menanda bagi merujuk kepada sesuatu keadaan atau situasi. 

Amalan bertatoo ini merupakan amalan lama, dipercayai bermula dari zaman permulaan ketamadunan manusia itu sendiri, bermula dari mempunyai fungsi apabila membuatnya kepada sekadar hiasan semata-mata.

Apa yang aku maksudkan bermula sebagai fungsi ialah setiap corak yang dihasilkan membawa maksud yang berbeza, melalui tatoo dapat dikenali identiti seseorang itu kebiasaan merujuk tanda kumpulan tertentu atau merujuk kelompok tertentu. 

Manakala merujuk perhiasan diri pula ia dilukis pada bahagian tertentu di tubuh dengan corak lebih kepada wajah seseorang atau alam semulajadi, manakala warnanya lebih pelbagai bukan terikat pada satu warna. Namun semua ini merupakan peradaban barat bukan Islam tetapi mengapa ia semakin berkembang dikalangan Umat Islam?.

Menurut hadis:

Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud, telah bersabda Rasulullah, Allah melaknat tukang tatoo dan orang yang meminta dibuat tatoo dan orang yang mencukur bulu kening dan orang yang mengasah gigi untuk kecantikan yang (semua itu) mengubah ciptaan Allah SWT.

Secara jelas Islam sangat melarang umatnya melakukan perbuatan melukis tatoo tetapi mengapa masih wujud dan semakin menjadi-jadi umat Islam yang melukis tatoo di tubuh mereka?. Walau apapun alasan yang diberikan oleh mereka yang melukis tatoo ini, hukum yang nyatakan dalam Islam tidak boleh diubah-ubah.

Berdasarkan portal Jakim yang menjelaskan alasan mengapa Islam mengharamkan umatnya melukis tatoo di anggota badan ialah melukis tatoo itu menyebabkan kawasan kulit yang terlibat tidak terkena air ketika hadas kecil atau besar. Perbuatan melukis tatu mampu mengakibatkan alahan pada kulit dan mendatangkan risiko berlaku jangkitan.

Hakikatnya melukis tatoo lebih mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan buat manusia umumnya. Aku tidak faham, setiap umat Islam di negara ini mengetahui hukum membuat tatoo haram walaupun dari bahan boleh tanggal seperti Inai tetapi masih tetap melakukannya.

Bagaikan tidak takut dosa bahkan bangga dengan apa yang dilakukan dengan mempamerkan tatoo yang dihasil untuk tatapan orang lain. Dimanakah nilai-nilai yang harus dimiliki oleh seorang yang beragama Islam?.

Mungkin ramai menganggap isu melukis tatoo bukan isu yang besar untuk diperhalusi, namun ia tetap mampu memberi kesan yang besar terutama buat anak-anak yang mungkin terpengaruhi untuk melakukan perkara yang sama.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?