Temuduga SPA

 Aku hanya ingin membuat penulisan ringkas berdasarkan sedikit pengalaman yang ada terutama ketika menghadiri sesi temuduga dari awal tahun 2007 sehingga sekarang. Mungkin bermanafaat atau sebaliknya kerana aku percaya setiap dari kita mempunyai kelebihan yang berbeza apabila bercakap soal temuduga.

Secara umum, ramai mengetahui tips-tips umum berkenaan dengan cara menghadiri temuduga kerja sama ada di sektor awam melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau laman sesawang pencari pekerjaan. Tips yang diperolehi kebiasaannya melibatkan persiapan sebelum  dan ketika temuduga dijalankan.

Kebiasaan, panel penemuduga akan bertanya soalan manakala calon yang harus menjawab setiap pertanyaan dengan teliti, ringkas dan lengkap agar memuaskan hati panel penemuduga. Sekiranya temuduga melibatkan SPA, kebiasaan melibatkan 2 panel sahaja iaitu seorang wakil kementerian atau jabatan manakala seorang lagi merupakan wakil dari SPA.

Perkongsian aku bukan berkaitan dengan temuduga SPA kerana aku sehingga sekarang masih gagal memperolehi jawatan dari temuduga yang dijalankan dari 2007 sehingga sekarang. Aku pernah menghadiri temuduga bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD. Temuduga Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Beberapa Temuduga Pegawai Penerangan Malaysia.

Mood temuduga di sektor awam berbeza dengan mood di sektor swasta kerana panel di sektor swasta, paling sikit pernah aku hadiri seramai 2 orang sehingga 5orang panel, bahasa ketika sesi temuduga pula diberi pilihan berdasarkan organisasi yang menjalankan sesi temuduga tersebut.

Perkara biasa yang terjadi apabila selesai sesi pertanyaan dari panel penemuduga. Mereka akan bertanya adakah calon mempunyai apa-apa soalan terhadap panel yang berada di hadapan. Ketika inilah waktu yang sesuai untuk calon menunjukan x-faktor, ketika ini, aku akan bertanya secara terus bagaimana pendapat panel terhadap aku. Penilaian mereka terhadap aku sepanjang tempoh temuduga dijalankan, percayalah amat jarang calon bertanyakan penilaian penemuduga dan ia membuat calon tertanya-tanya di mana silapnya sehingga tidak terpilih atau tidak berjaya dalam temuduga yang dihadiri.

Berdasarkan pengalaman aku, panel akan terkejut mendengar soalan sebegitu dan ia tidak salah kerana panel sendiri yang membuka ruang untuk calon mengemukakan soalan. Aku secara berterus terang mengatakan persoalan yang dikemukakan itu pasti dapat membantu aku untuk berkhidmat di organisasi lain sekiranya tidak berjaya dalam temuduga tersebut.

Mungkin ramai rasa pelik soalan yang dikemukakan tetapi berdasarkan pengalaman aku, alhamdulillah berjaya walaupun pada asalnya gagal. Cuma ketika aku harus membuat pilihan di antara keluarga dan kerjaya, aku terpaksa memilih keluarga kerana ibu aku yang kurang sihat dikampung dan tiada siapa yang menjaganya.

Oleh itu, bagi sesiapa yang berjaya dipanggil untuk sesi temuduga, pastikan anda mampu menonjolkan x-faktor agar panel penemuduga merasakan menjadi satu kerugian sekiranya tidak memilih anda sebagai karyawan terbaru di organisasi mereka.

Kebiasaan, seorang calon akan mempersiapkan diri dari segi pemakaian serta maklumat berkaitan dengan organisasi yang mengadakan sesi temuduga. Tanpa sedar tertinggal untuk mempersiapkan diri dari segi jawapan yang bakal ditanyakan termasuk soal gaji.

Benar, berapa gaji yang diminta itu juga penting dan boleh dikatakan more than 50% company atau organisasi bertanyakan soal gaji kerana ada nilai markah berdasarkan jawapan yang diberikan. "TERPULANG" bukan jawapan yang diharapkan oleh syarikat atau organisasi.

Diharapkan pengkongsian ringkas aku, mampu membantu para calon berjaya dalam sesi temuduga yang akan datang kerana harus diingatkan bahawa kita hanya ada 5 - 10 minit sahaja untuk menyakinkan panel untuk mengambil kita bekerja. Cara pemasaran itu banyak maka pasarkan diri anda ketika temuduga.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?