Iman dan Kuasa

 Setiap Umat Islam itu pasti mempunyai Iman namun bukan semua umat Islam mampu menjaga Iman yang wujud dalam diri mereka terutama ketika dunia yang kini dipenuhi dengan pelbagai fitnah dan godaan.  Apa itu Iman?, aku bukan orang yang selayaknya berbicara soal Iman cuma secara umumnya boleh difahami sebagai "Percaya Kepada Allah SWT". Iaitu melakukan apa sahaja kerana Allah SWT, disamping meninggalkan larangan dan mengamalkan sunnah yang disarankan oleh Islam itu sendiri.

Pada aku, Iman seseorang itu hanya Allah SWT Maha mengetahui dan ia tidak boleh di ukur dengan penampilan atau pemakaian seseorang itu. Kita harus mengakui bahawa kita merupakan mahkluk yang lemah, disebabkan itu Iman kita seringkali ada pasang surutnya. Godaan pula wujud dalam pelbagai bentuk menyebabkan Iman mampu tergoda walaupun bibir berbicara berbeza tetapi manusia lain mampu menilai setiap tindakan yang dilakukan oleh kita.

Di antara godaan yang mampu mempengaruhi Iman kita adalah kuasa,  suatu godaan yang mampu mengundang fitnah, mampu merubah sikap kita dari sudut manusia. Setiap manusia yang tergoda, tidak akan merasakan dirinya berubah kerana godaan namun manusia sekeliling pasti sangat merasainya. Hebatnya godaan kuasa ini, percayalah ia mampu mengugat Iman sesiapa sahaja walaupun seorang Ulamak.

Apabila memiliki kuasa, pasti godaan lain akan hadir sama, itu yang pasti kerana hakikat hukum dunia, bila kuasa di tangan, maka kemewahan, wang atau wanita pasti hadir bersama. Bibir mampu menafikan segalanya sedangkan perbuatan sebaliknya dan hal ini amat mudah mengundang fitnah dunia, bimbang kelak meragut Iman di jiwa kerana kesudahan kehidupan 'PUTIH TIDAK SELAMANYA PUTIH" "HITAM TIDAK SELAMANYA HITAM".

Sesungguhnya kuasa itu godaan, maka ia juga sebuah ujian buat setiap manusia. Tanyalah sesiapa sahaja, pasti semua inginkan kuasa namun apabila memiliki semua berubah sekelip mata, kopiah di kepala bakal menjadi perhiasan semata-mata kerana mungkin Iman di jiwa telah ditutup dengan kuasa sehingga buta hakikat dan hakiki kehidupan dunia.

Aku pasti semua pihak mampu menilai apa yang berlaku ketika ini, terutama kelompok yang memegang kuasa, jelas kelihatan perbezaan nada bicara  sebelum dan ketika berkuasa. Bayangkan masalah rakyat belum selesai sepenuhnya tetapi sibuk menaikan pendapatan sendiri termasuk kemudahan diri-sendiri.

Pada manusia, mampu dikatakan apa sahaja tetapi bukan dihadapan Allah SWT kelak, alangkah malang sekiranya Iman di dada terhapus kerana kuasa yang ada, bukankah Iman yang harus memandu hati agar kuasa yang dimiliki mampu membawa diri ke syurga, aku bimbang kelak lain pula yang terjadi disebabkan nafsu sendiri yang tidak mampu dikawal lagi.

Sejarah Islam, sekiranya di semak dan di perhalusi, banyak kisah telah terjadi tentang para pejuang Agama gelap mata kerana kuasa dan harta yang ada di depan mata sendiri. Tidak mustahil perkara yang sama terjadi lagi, cuma berbeza cara godaan di hati, Iman yang hati mungkin telah berbelah bahagi.

Benar bahawa Agama dan Politik harus bersatu, namum menjadi persoalan aku, adakah semua orang mampu?. Hakikat di depan mata, seolah-olah ramai yang pandai bicara tetapi mula terjejas Iman di dalam dada, sehingga aturan untuk semua boleh dibezakan pula. Adakah disebab kamu ada kuasa maka kamu perlu istimewa?.

Iman dan kuasa, dua benda berbeza, andai bijaksana pasti boleh dua menjadi satu. Andai sebaliknya maka rosak sistem ketamadunan manusia kerana pada aku, Iman harus mengawal kuasa bukan sebaliknya. Jangan kerana kuasa sehingga Iman hilang di dalam dada, kopiah dan serban sudah tidak berguna.




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?