Siapakah Gelandangan?

 Wujud pelbagai kelompok atau komuniti dalam sesebuah bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kita sedia maklum bahawa semakin maju sesebuah kawasan itu, semakin besar cabaran yang tersedia untuk para penghuninya. 

Ada ramai yang berjaya namun masih ramai yang gagal dan tercari-cari peluang dan ruang untuk berjaya atas nama demi kelangsungan hidup.

Di antara mereka yang gagal atau kecundang dalam perjuangan hidup terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur ialah mereka yang memilih untuk hidup sebagai gelandangan.

Gelandangan boleh ditafsirkan sebagai kelompok individu yang sangat miskin, tiada pendapatan tetap dan sering tinggal secara pindah-randah dari satu kawasan ke kawasan yang lain. 

Gelandangan bukan sahaja wujud di Malaysia, bahkan ia wujud seluruh dunia sekian lama. Pada pandangan aku, gelandangan akan terus wujud cuma berbeza mereka yang menjadi gelandangan. 

Mengapa aku tertarik menulis tentang kehidupan gelandangan?. Aku sendiri jika terus memilih berjuang di bandar besar seperti Kuala Lumpur, setelah diberhentikan kerja di Putrajaya, mungkin aku hidup sebagai gelandangan.

Pada aku, kelompok atau komuniti gelandangan ini, seakan sama seperti kelompok miskin tegar yang kita sedia maklum kewujudannya. 

Tiada pekerjaan, tiada wang serta tiada kemampuan untuk menyewa tempat tinggal walaupun hanya bilik kecil untuk di diami, tidur di mana sahaja. 

Cuma aku sering terfikir, adakah tiada ruang atau peluang untuk komuniti ini keluar dari kepompong gelandangan?.

Hakikatnya di mana ada kemahuan, pasti di situ ada jalan penyelesaian. Sekiranya pihak berkuasa merangka perancangan yang sebaik mungkin pasti bilangan individu yang berada dalam kelompok gelandangan ini dapat dikurangkan.

Kita pernah disajikan dengan kisah sebuah keluarga di Pulau Pinang yang mengalami musibah kebakaran rumah sehingga tinggal sehelai sepinggan. 

Keluarga terbabit terpaksa tinggal dalam kereta bagi tempoh yang agak lama sebelum dibantu dengan mencari rumah untuk di diami.

Adakah sang suami tiada pekerjaan?, walaupun ada pekerjaan namun pendapatan yang diperolehi tidak mampu memulakan kembali kehidupan seperti sebelumnya. Maka itu, mereka perlu dibantu pada peringkat awalnya.

Begitu juga dengan kelompok gelandangan ini, mereka perlu dibantu dari segi peluang pekerjaan dan ruang tempat tinggal walaupun cukup untuk tidur. 

Bayangkan rakyat Malaysia menjadi gelandangan, tidur di tepi jalan sedangkan PATI pula tidur dalam rumah walaupun terpaksa berhimpit tetapi mereka tidak digelar gelandangan.

Aku percaya jika diadakan peruntukan khusus dan plan yang sistematik, isu gelandangan ini dapat diselesaikan sepenuhnya kerana tiada siapa mahu menjadi gelandangan atau anak-anak tidur bersama di tepi jalan. 

Kita bukan hidup di era penjajahan Jepun, apa lagi komunis. 

Aku menyokong insiatif yang dilaksanakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan berkaitan dengan pengurusan gelandangan di bandar besar seperti Kuala Lumpur. 

Aku berharap ia tidak terhenti begitu sahaja, bahkan harus diadakan perancangan jangka panjang bagi memastikan Malaysia berada di kedudukan kosong gelandangan.

Sesungguhnya komuniti gelandangan ini merupakan sumber modal insan negara, walaupun mungkin taraf pendidikan mereka tidka setinggi mana namun mereka tetap mempunyai impian yang tinggi sama seperti kita semua. 

Bahkan aku percaya jika diperhalusi, sekiranya mereka merupakan rakyat Malaysia semestinya mereka layak mengundi dan memilih siapa pemimpin negara.

Pada aku, jika ingin mengetahui atau menilai kemajuan sesebuah negara itu, lihatlah pada gelandangannya kerana itu KPI yang sangat mudah di fahami oleh semua pihak. 

Jangan melihat bagaimana orang lain memulakan sedangkan kita mampu memulakan langkah pertama menyelesai isu gelandangan ini.

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya, oleh itu, tidak seharusnya komuniti gelandangan ini wujud sekiranya kekayaan yang dimiliki dibahagikan dengan seadilnya oleh pemegang kuasa. 

Aku bukan ingin menuding jari kepada siapa, sekadar berkongsi rasa kerana aku sendiri berpotensi terikut sama, menjadi gelandangan di ibu kota setelah hilang pekerjaan dan kemampuan untuk hidup di kepesatan pembangunan fizikal bukan moral seorang manusia.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?