Kecurangan Perkahwinan

 Penulisan kali ini, Aku merasa tertarik untuk berkongsi pendapat berhubung isu kecurangan dalam perkahwinan yang sering terjadi dikalangan pasangan rakyat Malaysia. 

Adakah ia merupakan sikap atau sifat semulajadi manusia yang tidak pernah cukup atau bersyukur dengan apa yang ada?.

Salah siapa bila terjadinya kecurangan dalam perkahwinan?. Salah suami atau isteri sehingga pasangan terjerumus dalam kecurangan?.

Kecurangan atau keselingkuhan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, apabila diri tidak mampu mengawal nafsu maka berlaku kecurangan. 

Bila berlaku kecurangan, ia bermakna berlaku penipuan demi penipuan. Mungkin dosa sebuah kecurangan dianggap biasa sahaja.

Ada pandangan menyatakan tentang faktor menjerumus berlaku kecurangan di antaranya tempoh sebuah perhubungan merupakan di antara kemungkinan punca terjadi sebuah kecurangan. 

Di antara lelaki atau wanita, siapakah lebih berpotensi melakukan kecurangan dalam waktu yang panjang?. 

Ada pendapat mengatakan bahawa wanita lebih mudah curang berbanding kaum lelaku walaupun dikatakan sifat wanita lebih setia berbanding lelaki namun benarkah itu yang terjadi?.

Oleh kerana itu, aku tidak mengerti mengapa mudah berlaku sebuah kecurangan. Pasangan telah memiliki isteri atau suami yang baik serta status ekonomi yang selesa, masih berisiko berlakunya kecurangan. 

Pada pendapat aku, setiap pasangan sedia mengetahui hak dan tanggungjawab masing-masing setelah berkahwin. Paling utama sekali sentiasa mewujudkan komunikasi antara pasangan.

Benarkah pendapat mengatakan risiko kecurangan berlaku apabila wujud situasi kurang komunikasi di antara pasangan?.  

Kecurangan itu merupakan aib mereka yang terlibat dan aku selaku pemerhati, hanya mampu menjadikan kecurangan yang terjadi sebagai iktibar diri sendiri.

Kecurangan pasti tidak terjadi jika tidak wujud pihak ke-3 dan berlaku situasi hubungan pasangan LDR atau jarak jauh.

Hal ini mewujudkan situasi  suami orang atau isteri orang yang berkongsi masalah dalaman dengan pihak ke-3.

Apabila terjadinya kecurangan, siapakah yang menjadi mangsa?, pada pendapat aku semestinya yang menjadi mangsa adalah anak-anak yang harus hidup di antara dua pilihan sama ada ibu atau bapa.

Seandainya perkahwinan itu gagal diselamatkan. Harus diingatkan bahawa ada ketikanya perpisahan itu harus apabila pasangan yang melakukan kecurangan itu sanggup melakukan zina dengan bukan pasangannya.

Aku menjadi trauma bila mengetahui ia pernah terjadi dalam lingkungan mereka yang aku kenali satu ketika dahulu.

Pada pendapat aku sekiranya kita kembali kepada landasan Islam, tidak timbul isu kecurangan yang semakin kerap terjadi kebelakangan ini. 

Sebagai contoh hukum lelaki menaiki kenderaan wanita berstatus isteri orang itu haram walau apapun alasannya. 

Maka elakkan situasi menaiki kenderaan lelaki atau wanita bukan muhrim kita. 

Seandainya setiap pasangan mengetahui tanggungjawab masing-masing nescaya walaupun hati terdetik, pasti difikirkan sedalamnya bukan seterus mengikut nafsu yang bersarang di jiwa.

Seandainya mampu dan memenuhi syarat, maka minta izin isteri pertama untuk berkahwin, namun jika keberatan, jangan mengikut nafsu dan emosi tetapi amalkan solat sunat yang sepatutnya demi memastikan kita memilih laluan yang diredhai bukan dimurkai. 

Hakikat yang nyata ialah kecurangan atau selingkuh itu berasaskan nafsu semata-mata sehingga melupakan segalanya.

Aku berasa sedih dan kasihan seandainya aib sang ayah atau sang ibu diketahui satu masa nanti, bercerai kerana kecurangan salah seorang ibubapa mereka. Malunya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?