Hentikan Pandemik

 Gelombang penularan Pandemik masih belum terhenti, walaupun ada negara mencatatkan 0 kes positif. Itu bukan bermakna boleh menjalani kehidupan sama seperti sebelum Pandemik muncul kerana hakikat harus kita ketahui bahawa ia akan terus berada di sekeliling kita dalam tempoh yang lama. 

Negara Malaysia masih berada di dalam situasi PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 18 Februari 2020. Satu demi satu aktiviti diberi kelonggaran termasuk bersukan dan makan di kedai, namun setiap kelonggaran yang diberikan tetap ada SOP yang ketat harus dipatuhi sebaik mungkin.

Setakat ini, difahamkan hanya aktiviti rentas daerah dan negeri masih belum boleh diberikan kelonggaran, namun aku tidak pasti adakah sebelum atau selepas 18 Februari, kelonggaran rentas daerah dan negeri akan diberikan di seluruh rakyat Malaysia.


Bagi 13 Februari 2021, jumlah kes positif yang dicatatkan sebanyak 3,499 kes dengan negeri Selangor mendahului dari segi jumlah kes positif paling tinggi dan diikuti oleh negeri Johor. Berdasarkan jumlah kes yang dikenalpasti, ia sudah memadai dijadikan rujukan bahawa kita masih belum boleh menarik nafas lega walaupun kerajaan bertindak membenarkan aktiviti tertentu dijalankan ketika ini.

Aku terfikir, mengapakah ada beberapa buah negara yang berjaya memutuskan penularan pandemik?. Salah satunya ialah negara New Zealand yang mana ketika ini, aktiviti luar rumah telah boleh diadakan seperti biasa. Apakah rahsia kejayaan mereka sehingga berjaya memutuskan penularan tersebut?.

Pada pendapat aku, segalanya bergantung kepada displin, apabila rakyat berdisplin dalam mematuhi peraturan atau SOP yang ditetapkan, maka pasti kejayaan tiba, begitu juga sebaliknya dan jangan lagi mengeluh kerana segala perkara yang terjadi apa ada punca utamanya.

Pihak MKN telah menetapkan bahawa hanya 2 orang sahaja dibenarkan untuk makan di premis perniagaan, secara terang lagi jelas, setiap SOP yang berkaitan dikeluarkan namun disebabkan tidak berdisplin dalam mematuhi maka begini jadinya hmetro. Apabila kerajaan melaksanakan PKP secara total, disalahkan kerajaan tetapi diri sendiri yang tidak ingin bekerjasama dengan hanya mematuhi SOP yang telah dikeluarkan.

Oleh itu, jangan sesiapa salahkan kerajaan sekiranya segala kelonggaran yang diberikan terpaksa ditarik balik sebagai langkah pencegahan atas kedegilan segelintir pihak untuk mematuhi SOP yang ditetapkan. Pada aku, sebaiknya seluruh rakyat Malaysia harus mengamalkan saranan KKM untuk tidak keluar rumah sekiranya tidak ada keperluan mendesak ketika ini.

Di Kelantan sebagai contoh untuk melihat perkembangan terkini pandemik tersebut, jumlah kes positif yang dicatatkan ialah sebanyak 44 kes. Berada pada nilai 2 digit sudah jelas menunjukkan bahawa kita masih belum boleh pejam mata atau berpuasa hati kerana penularan boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja.

Ketika ini, aku melihat aktiviti sosial mula berjalan seperti biasa kediaman aku, ada yang mula tidak mempraktikan SOP yang sering disebut-sebut oleh pihak KKM. Situasi sebegini mampu mencetuskan penularan kembali di dalam negara ini, walaupun semua orang tidak ingin PKP dilanjutkan lagi namun jika betul masih dilanjutkan, maka sebelum salahkan kerajaan, harus melihat diri sendiri.

Sekiranya rakyat Malaysia mempunyai displin yang tinggi, aku amat yakin kita mampu mengecapi kebebasan seperti mana yang dirasai oleh negara-negara yang mula mencatatkan kosong kes positif berbanding negara-negara menjadi jirannya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?