Masalah Sosial Malaysia

 Secara tiba-tiba nama Malaysia menjadi trending di sosial media apabila menduduki tangga ke-3 di kalangan negara Asia kerana mempunyai bilangan "Sugar Daddy" seramai 42,500 orang. 

Malaysia berada di belakang Indonesia di tempat ke-2 dan India semestinya di tempat pertama. Ia berdasarkan portal SeekingArrangement. Satu sudut, nampak hebat tetapi sudut lain, punca kehebatan itu?.

Beberapa portal online membuat liputan berkenaan dengan perkara tersebut berdasarkan artikel di bharian, TRP, says.com, malaysmail, FMT. Adakah perkara ini masih boleh dipandang sepi oleh pihak berkuasa dan masyarakat Malaysia?. 

Lebih menyedihkan apabila kebanyakan yang terlibat termasuk menjadi "Sugar Baby" merupakan wanita yang beragama Islam dan berkemungkin di luar pengetahun ibubapa mereka.

Artikel di portal theasianparent turut menarik perhatian apabila ia berkaitan pengakuan jujur rakyat Malaysia yang menjadi sugar baby sehingga sekarang dan paling mendukacitakan ia adalah seorang wanita Muslim. 

Mengapa situasi boleh terjadi di kalangan rakyat Malaysia dan di kalangan Umat Islam itu sendiri.

Bayangkan sebulan, seorang "Sugar dady" mampu memberi elaun kepada "Sugar Baby" sekitar RM2000 sehingga RM5000 sebulan. Mengalahkan gaji yang diperolehi Eksekutif muda atau Pegawai Kerajaan Gred 41. 

Apa yang dilakukan oleh "Sugar baby" sehingga menerima bayaran elauan setinggi itu?. Berdasarkan kajian, di antara tugasan yang sering dilakukan ialah menemani "Sugar daddy" apabila diperlukan.

Berdasarkan portal gulapop memaparkan artikel yang menyenaraikan 10 Universiti Tempatan yang mana para pelajarnya terlibat dengan aktiviti "Sugar Baby". Paling mengejutkan aku ialah Universiti Malaya menduduki rangking ke -5 dengan jumlah pelajar yang terlibat seramai 1280.

Rata-rata individu yang berdaftar sebagai "Sugar Daddy" mempunyai pendapatan bulanan mencecah RM150 ribu sebulan. Satu nilai yang aku secara peribadi tidak mampu mencapainya dalam waktu terdekat dan ia sedikit menimbulkan kebimbangan aku untuk memilih pasangan dikalangan Mahasiswa/i kerana jumlah mereka yang terlibat berdasarkan 10 Universiti sangat mengejutkan.

Pada aku, alasan tidak menghalalkan cara, mereka yang terlibat sebagai "Sugar Baby" mampu memberi 1001 alasan bagi menghalalkan tindakan yang mereka lakukan. 

Harus diingat bahawa dosa tetap dosa, tidak kira bagaimana sekali pun. Manakala bagi "Sugar Daddy", sememang tuhan memberi kelebihan buat anda sehingga mempunyai wang lebih sehingga dapat menyara wanita yang mungkin selayak di panggil anak.

Apps yang menawarkan perkhidmatan ini, boleh dikatakan berpangkalan di luar negara, bukan salah mereka menawarkan perkhidmatan ini, salahnya kita yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan ini. 

Hakikatnya zaman aku belajar di Universiti sekitar tahun 2003 - 2006, memang wujud istilah "Sugar Daddy" dan "Sugar Baby" cuma ketika itu aku hanya mendengar tetapi tidak pernah bertegur dengan mereka yang terjebak.

Aku percaya tiada ibubapa inginkan anak-anak mereka terjebak dengan dunia sebegini namun oleh kerana anak-anak bukan berada di depan mata, maka ibubapa harus memberi kepercayaan sepenuhnya kepada anak-anak.

Demi wang sebesar RM2500 sebulan, Agama diketepikan, apa lagi maruah seorang wanita. Hanya perlu memuaskan nafsu seorang tua yang berwang bagi memenuhi nafsu sendiri.

Aku bukan menghukum atau menilai cuma, aku sedih kerana begitu murah harga seorang wanita terutama yang berpendidikan tinggi.

Indonesia dan Malaysia merupakan dua buah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, menduduki top ranking dalam apps yang tidak bermoral. 

Bukankah ia memalukan kerana negara-negara bukan Islam mungkin berada di bawah rank kita atau mungkin tidak tersenarai langsung.

Aku rasa ibubapa dalam masyarakat Melayu, boleh mula menilai kembali kewajaran nilai hantaran yang diletak?. Ada mencecah ribuan ringgit sehingga puluhan ribu ringgit sedangkan anak merupakan seorang "Sugar baby"

Bagaimana masa depan negara ini sekiranya begini keadaan sebenarnya?. Takut untuk membayangkan dan pening untuk memikirkannya kerana HOT SUGAR DADDY & BABY.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?