Retorik Poligami

 Kali ini, aku ingin memperkatakan satu topik yang jika diperbahaskan pasti mengundang kurang selesa kaum wanita pada pendapat aku, tetapi  sangat disukai oleh kaum lelaki. Ia adalah topik berkenaan dengan POLIGAMI, satu perkara yang dikatakan hampir semua wanita tidak gemar berbicara soal tersebut, aku tidak pasti adakah agama lain membenarkan kaum lelaki berpoligami sebagaimana yang dibenarkan dalam Islam.

Secara umumnya, poligami dapat difahami sebagai perkahwinan seorang lelaki dengan lebih dari seorang isteri dalam satu-satu masa. Namun dalam Islam, sangat menekankan syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh seorang suami untuk berpoligami. Perkara paling utama yang ditekankan dalam Islam adalah KEADILAN oleh seorang suami kepada isteri-isterinya.

Poligami dalam konteks Islam, mensyaratkan bahawa seorang lelaki hanya boleh berkahwin sehingga 4 orang isteri dalam satu-satu masa dan diharamkan sekiranya ingin berkahwin lebih dari dibenarkan dalam Islam.

Seorang lelaki harus memastikan isteri-isteri yang dikahwininya bukan dari saudara-mara sebagai contoh adik-beradik, ibu dan anak atau anak saudara dan ibu saudara dalam satu masa. Hal ini bertujuan untuk mengelak terputusnya hubungan siralturrahim di antara mereka.

Perkara paling penting namun ramai para suami dilihat gagal memahami konsep asas berpoligami ialah bersikap ADIL iaitu merujuk kepada ADIL KEPADA DIRI SENDIRI yang mana tanggungjawab seorang suami ialah menafkahi isteri dari segi zahir dan batin. Jika seseorang lelaki itu tidak berkemampuan dari zahir dan batin tetapi masih ingin berpoligami, ia seperti menganiayai diri sendiri.

Mempraktikan keadilan dalam konteks poligami tidak semudah mengungkapkannya kerana ramai para suami yang gagal memastikan para isteri mendapatkan hak sama rata. Adakah para suami benar-benar bersikap adil kepada para isteri dalam beberapa perkara?, perkara paling asas ialah tempat tinggal para isteri, adakah sama-sama selesa?, pakaian atau makanan yang diberikan adalah benar-benar sama? selain dari segi nafkah batin dan kasih sayang dalam keluarga?. Hal perkara ini, sangat ramai para suami gagal melaksanakannya, berkahwin pandai tetapi bersikap adil sangat gagal.

Jika berpoligami dengan 3 orang isteri, maka secara logik dalam konsep adil, sekiranya isteri bongsu mendapat RM1000 sebulan, maka 2 isteri yang lain harus mendapat nilai sama, begitu penyediaan tempat tinggal, harus sama bentuk keselesaan yang diberikan, jangan terlampau berat sebelah.

Selain para isteri, anak-anak harus sama diberi keadilan orang ayah, jangan berat sebelah dalam memenuhi tuntutan anak-anak. Jangan lupa bahawa lelaki yang berpoligami, bahawa secara satu sudut memang seronok berpoligami berdasarkan fitrah manusia berakal dan bernafsu tetapi sangat berat sekiranya mengikut syariat Islam yang sebenarnya.

Sekiranya hakikatnya tidak berkemampuan, maka jangan sesekali mencuba berpoligami, jangan salahkan takdir kerana kita sendiri yang memilih perjalanan hidup ini. Disebabkan segelintir kaum lelaki yang bergelar suami tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam Islam tetapi masih berpoligami, ia memberi gambaran yang tidak elok pada agama Islam pada mata komuniti bukan Islam.

Ingin berpoligami tetapi perkahwinan di adakan di kawasan pendalaman di negara jiran. Pada aku, di situ jelas menampakan ketidakadilan suami pada pasangannya dan ahli keluarga pasangan isteri kedua atau seterusnya. Ada sebab mengapa Islam menggalakan umatnya berpoligami, oleh itu harus pelajarinya terlebih dahulu secara mendalam sebelum mengamalkan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?