Sekolah Di Buka Kembali

 Sesi Persekolahan bersemuka bakal dibuka kembali, bermula awal bulan Mac 2021. Perkara tersebut telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan kelmarin. Semestinya ia bakal menimbulkan pelbagai reaksi oleh pihak yang terlibat terutama para ibubapa pelajar itu sendiri.

Kita sedia maklum bahawa ketika ini, sesi persekolahan dilakukan secara atas talian melalui penggunaan peranti dan internet, para ibubapa pula berhabis wang sehingga ribuan ringgit semata-mata untuk menyediakan kemudahan pembelajaran buat anak-anak sepanjang sesi PdPR dijalankan.

Laporan sinarharian, menyiarkan artikel berkenaan ibubapa ada yang sanggup meminjam wang dari Ah Long, semata-mata bagi menyediakan kemudahan peranti dan internet untuk anak-anak mengikuti persekolah atas talian atau PdPR. Bahkan, ramai pihak dilaporkan berusaha membantu para pelajar yang tidak kemampuan mendapat peranti bagi kemudahan persekolahan di rumah.

Ustaz Ebit Lew merupakan salah seorang dermawan yang sering memberi bantuan peranti buat para pelajar tidak berkemampuan, berdasarkan artikel yang disiarkan di bharian dan sinarharian. Adakah pihak KPM akan meneruskan sesi pembelajaran secara atas talian setelah sekolah kembali dibuka selepas ini?.

Ketika rakyat Malaysia cuba berjimat cermat dalam situasi ekonomi negara yang masih tidak menentu, para ibubapa terpaksa sekali lagi membuat perbelanjaan bagi persiapan anak-anak apabila diumumkan sekolah akan dibuka kembali. Ia pasti melibatkan kos yang bukan sedikit walaupun tidak setanding nilai yang dihabiskan untuk menyediakan peranti buat anak-anak.

Persoalan yang bermain di minda aku ketika ini ialah pengumuman yang dibuat oleh Menteri berkenaan dilakukan pada waktu yang tepat?. Dengan nilai kadar jangkitan setiap negeri adalah berbeza dengan beberapa buah negeri masih diletak dalam status PKP selain PKPB dan PKPP.

Adakah pihak kementerian telah merangka SOP yang khusus apabila sekolah dibuka sepenuhnya nanti?. Bagaimana plan kecemasan sekiranya berlaku sesuatu yang luar jangka kerana harus kita ambil perhatian bahawa sepanjang negara dilanda Pandemik, kita sering dikejutkan dengan gelombang penularan baru yang tidak disangkakan.

Berdasarkan laporan media perdana, ada ibubapa yang tidak yakin untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti sesi persekolahan seperti biasa kerana bimbang atas keselamatan anak-anak mereka di sekolah nanti. KPM tidak boleh salahkan ibubapa sekiranya jumlah kehadiran di sekolah sangat rendah nanti.

Aku berkesempatan berbual dengan seorang bapa, peniaga di pekan Ketereh, aku bertanyakan pendapat beliau berkenaan pengumuman Menteri Kanan Pendidikan berkenaan sekolah akan dibuka pada awal bulan 3, beliau berpendapat seharusnya KPM tidak membenarkan lagi sekolah dibuka pada waktu terdekat kerana ibubapa baru sahaja berhabis wang menyediakan peranti dan kemudahan internet untuk anak-anak menghadiri sesi PdPR di rumah. Itu pendapat seorang bapa yang pendapatan dari perniagaan, tidak sama dengan pendapatan orang bekerja sektor awam atau swasta.

Secara peribadi aku, berharap sesi persekolahan kali ini, mampu bertahan lebih lama berbanding sebelum, pada waktu yang sama mengharapkan tiada kes jangkitan bakal dicatatkan seperti sebelum ini. Walaupun suntikan vaksin dikalangan rakyat Malaysia akan dilaksanakan tidak lama lagi, tetapi ia tidak melibatkan para pelajar sepenuhnya kecuali melibatkan para guru.

Oleh itu, sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya berkenaan sesi persekolahan bersemuka yang bakal bermula awal Mac nanti.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?