Penjawat Awam atau Pesara

 Ketika ini, PKP 2.0 masih dikuatkuasakan di seluruh Malaysia sehingga 18 Februari 2021, pelbagai kempen diadakan bagi mendorong rakyat Malaysia mematuhi SOP yang dibuat khusus bagi memutuskan penularan di dalam komuniti, sehingga kini jumlah kes positif terkena jangkitan masih pada nilai 4 digit.

Setiap hari, ketika perkembangan terkini prosedur PKP 2.0 diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, ada sahaja laporan berkaitan pihak yang ingkar mematuhi arahan SOP yang dikeluarkan oleh MKN atau KKM. 

Nilai kompaun RM1000 yang dikenakan bagi pesalah yang ingkar, bagaikan tidak meninggalkan kesan kepada segelintir rakyat Malaysia.

Mungkin disebabkan itu, berdasarkan laporan harian seperti disiarkan oleh sinar harian, bharian, astro awani dan mymetro

Ketua Setiausaha Negara (KSN) memberi peringatan buat penjawat awam termasuk pesara yang ingkar SOP dan tertangkap, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

Secara peribadi, aku sangat menyokong dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh KSN. Hal ini disebabkan memang wujud kelompok penjawat awam termasuk pesara kerajaan yang ingkar arahan PKP atau tidak mematuhi SOP.

Cuma kelompok mereka masih belum tertangkap oleh pihak berkuasa yang melakukan pemantauan pematuhan SOP.

Mereka bereaksi seolah-olah tidak akan dikenakan tindakan kerana mereka merupakan penjawat awam atau pesara kerajaan. 

Sedangkan mereka merupakan kelompok yang lebih memahami matlamat polisi atau dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan kepada rakyat awam secara umumnya.

Larang-larang yang dinyatakan sangat jelas, tetapi masih wujud kelompok yang ingkar, maka tiada alasan untuk tidak mengenakan tindakan tegas terhadap mereka termasuk bagi mereka yang pernah menjawat jawatan penjawat awam.

Mengikut logik, orang yang lebih arif berkaitan dengan peraturan serta polisi kerajaan adalah pesara kerajaan tetapi pelik apabila wujud segelintir yang ingkar pada peraturan yang mungkin dahulu, mereka yang merangka peraturan dan polisi tersebut.

Aku berkomentar berhubung isu ini, tiada niat apa-apa cuma pelik dengan apa yang disaksikan di depan, sedih kerana orang yang seharus menjadi rujukan tetapi menjadi orang yang pertama ingkar arahan berkaitan PKP. 

Adakah pengalaman bekerja puluhan tahun sebelum bersara tidak bermakna kepada mereka?.

Risiko penjawat awam yang mungkin ditanggung bagi mereka yang dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa ialah kehilangan pekerjaan manakala bagi pesara kerajaan mungkin kehilangan wang pencen.

Maka apabila peringatan telah diberikan, sekiranya masih berdegil maka jangan salahkan sesiapa sekiranya apa yang diperkatakan menjadi kenyataan iaitu dikenakan tindakan apabila tertangkap ketika ingkar arahan.

Motto "Saya yang menurut perintah", mungkin tiada nilai di hati. Sekadar renungan aku sendiri.

Aku bercakap berdasarkan keadaan semasa masyarakat setempat terutama penjawat atau pesara kerajaan yang selesa tinggal di kampung sehingga bagaikan sukar mematuhi arahan atau SOP kesihatan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?